Sep 10, 2016 - 1208

Foto Sekitar Pernikahan Nazim Othman Dan Bella Dally yang Buat Anda Teruja Melihatnya!

Jom lihat foto romantis sekitar pernikahan Nazim Othman dan Bella Dally yang berlangsung tengah hari tadi.




Tahniah buat pasangan merpati sejoli, dan yang kini sah bergelar suami isteri. Mereka selamat diijabkabulkan pada jam 9.53 pagi tadi di Hotel Promanad Kota Kinabalu, Sabah. Sekali lafaz sahaja, Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally selamat menjadi isteri Nazim Othman. 

Pasangan sejoli ini kelihatan berseri dengan mengenakan busana pernikahan serba putih. Nazim Othman segak mengenakan busana baju Melayu rekaan Rizman Ruzaini manakala Bella Dally pula manis dalam persalinan Tengku Syahmi. Majlis akad nikah diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat serta wakil media. 


Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta tujuh dulang hantran daripada pihak lelaki, manakala sembilan dari pihak pengantin perempuan. Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi bagi pihak perempuan di Kota Kinabalu tengah hari tadi manakala pihak lelaki pada Sabtu depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru. 

Peminat turut mengucapkan tahniah kepada Nazim dan Bella malah peminat turut mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan sejoli ini. 


 






Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Erwin Dawson, Cerita Pengalaman Menjejakkan Kaki di Bangunan PALING TINGGI di DUNIA

  • Seterus →

    Pelakon Filem “Pitch Perfect” Telah Melangsungkan Perkahwinan di Santa Ynez, California