Jan 17, 2017 - 816

#K-Drama: Rain dan Kim Tae Hee Bakal Berkahwin Februari Ini

Percintaan selama empat tahun, akhirnya Rain dan Kim Tae Hee bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 Februari 2017. Benarkah?

 

 

Teks: Athirah Zulkifli 

 

 

Sumber foto: soompi.com

 

 

Penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Jung Ji-hoon lebih dikenali sebagai Rain bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya, Kim Tae Hee juga seorang pelakon. Hubungan percintaan selama empat tahun akhirnya membawa berita gembira buat kalangan peminat bintang Koreas Selatan ini. 

 

Rain telah menulis surat bagi mengumunkan bahawa dia bakal berkahwin menerusi post di Instagram miliknya. Dalam surat tersebut Rain menulis, mengatakan Kim Tae Hee selalu ada di sisinya setiap masa tidak kira dalam keadaan dia susah mahupun senang. 

 

 

Sumber foto: Instagram @rain_oppa

 

 

"Media Seoul heboh apabila pasangan Rain dan Kim Tae Hee dikatakan akan menamatkan zaman bujang masing-masing pada bulan depan. Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari depan di sebuah gereja katolik di Seoul.

 

Namun, pihak Rain dan Kim Tea Hee masih belum mengesahkan berita berkenaan. Malah sebelum ini, Rain menerusi sebuah kenyataan berkata, dia akan melakukan perkahwinan secara tertutup kerana ingin menghormati permintaan daripada pihak keluarga. 

 

Pastinya peminat di Malaysia gembira akan berita perkahwinan Rain dan Kim Tae Hee. 

 

 

 

 

Sumber artikel : soompi.com & Astro Gempak

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.