Sep 16, 2016 - 1475

Apa Komen Peminat di Facebook Mengenai Perkahwinan Saharul Ridzwan dan Deena Emir?

Tahniah kepada pelakon, Saharul Ridzwan kini selamat dijabkabulkan dengan pilihan hatinya Deena Emir pagi tadi.


Sekali lafaz sahaja pelakon Saharul Ridzwan kini sudah bergelar suami kepada Deena Emir. Mereka dijabkabulkan pada hari ini, 16 September di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya, pihak pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300. Saharul, 27 menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 berserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan manakala jumlah hantaran dirahsiakan.
 

 

Pasangan ini mula berkenalan empat tahun lalu dan Januari tahun ini mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Sedia maklum, isteri Saharul adalah seorang ahli perniagaan atas talian dan juga pemilik Wrap Boutique House. 

Majlis perkahwinan bagi pasangan merpati dua sejoli ini berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya. Manakala majlis khas buat peminat akan diadakan pada 18 September dan lokasinya akan dimaklum nanti. Peminat Saharul turut mengucapkan tahniah atas perkahwinannya. Jom lihat gambar sekitar di majlis perkahwinan Saharul Ridzwan dan pasanganya.


 








 







 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.