Aug 16, 2016 - 97

Lara Alana Bakal Jadi 'SUPERSTAR' Rancangan Realiti TV!

Suka atau tidak, netizen harus mengakui bahawa Lara Alana adalah si cilik paling popular di Malaysia hari ini. Wah, Lara dah ada program realiti sendiri?

OLEH: Athirah Zulkifli

Sumber : InTrend Malaysia, Edisi Mei 2016


Lara Alana anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal muncul di program realitinya sendiri. Wow, nampaknya Lara mengalahkan anak selebriti lain apabila dia kini mempunyai program realiti sendiri. 
 

 

Program realiti “Lara Oh Lara” bakal menemui penonton pada 17 Ogos, jam 9 malam di saluran Astro Ria. dan Astro Ria HD. Dek populariti dan pengaruh Lara Alana sangat luar biasa di media sosial menjadikan Lara antara si cilik paling viral di Malaysia. Malah pengikutnya di Instagram @laraalanaa telah mencecah sebanyak 2.1 juta dan di Facebook lebih dari 1 juta pengikut. 
 

 

Thanks for having us at your party, and happy 3rd birthday Kak Sakina!

A photo posted by Penglipur Lara (@laraalanaa) on

 

Program realiti Lara Oh Lara ini bakal menceritakan tentang perkembangan harian dan aktiviti Lara yang tidak pernah dikongsi di laman sosial. Rancangan sebanyak 13 episod ini akan akan mendalami kehidupan kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu dan periang. Malah program realiti ini turut menampilkan selebriti tempatan yang ditugaskan menjadi penagsuh serta mendekati Lara, antaranya Zizan Razak, Remy Ishak, Dynas Mokhtar, Liyana Jasmay dan Ella. 

10 PERKARA MENARIK TENTANG LARA ALANA  <KLIK DI SINI>
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.