Jun 17, 2019 - 385

Ucapan ‘Hari Bapa’ NABILA HUDA Disindir — Buruklah Nama Mak Tiri Sedunia!

Semalam, semua orang yang bergelar anak gembira meraikan Hari Bapa dengan pelbagai ucapan kasih. Tidak terkecuali selebriti, Abil. Malangnya, ia mencetus kontroversi apabila dibalas sinis dengan posting ibu tirinya. Isu apa pula tu?

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 

 

 

RASANYA, kebanyakan pengikut dunia hiburan tempatan tahu kemelut yang melanda hubungan antara Nabila Huda dengan bapanya, Amy Search yang katanya didalangi ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau dikenali sebagai Nourish.

 

Hubungan mereka sudah lama keruh sehingga dirasakan tiada jalan penghujung. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dear papa, Tak Kira berapa jauh, berapa tahun kite tak berjumpa ,apa jua pun keadaan Yang kite lalui , abil just Nak papa tau, you’re always on my mind. Every single minute and second I will always miss you. I miss everything about you. Your laugh , your jokes , the way you talk , Your cooking ,The way you explain to me the Same thing repeatedly every year.Walaupun waktu yang kite bersama tu kurang ,bila ingat all the memories , abil akan senyum sendiri..You know we never had a chance to spend our time together since I was young. Kite Tak pernah ada peluang like 2 of us travel and buat benda macam Anak and bapak orang lain. Every time I went to my friend’s house, abil jealous nampak relationship dorang dengan their own dad . Abil Nak Peluk papa, hold your hands , dating berdua. I Never Had a chance. I just want you to know that I never blame you or mama because both of you separated and I kena go through hidup yang tak sama macam orang lain. I always adore you ! You’re my idol..You’re the coolest dad that I ever had ! No one can replace you..I know I’m not a good daughter dari mata some orang. I know there’s a lot of people out there kept on talking bad about me. Anak derhaka la,lupa bapak la Itu la Ini lah..I think you know me better, you know what I’m doin.. It doesn’t matter how hard orang cuba Nak jauh kan kite dengan pelbagai drama, you’re always in my heart papa.If you hate me pun , I still love you so much. Because I love you so much, abil korbankan our relationship..Just to make you and other people happy..You’re too old Nak go through same shit , drama here and there in your life..Maybe we don’t belongs to each other cuz banyak sangat rintangan Nak kena lalui.I’ll pray for your happiness papa. Papa dah ada your own family..You deserve to be happy! Abil akan sentiasa tunggu message or call from you..Abil redha mungkin Ini lah jalan Yang Sudah tertulis Untuk hidup kite berdua..Abil sentiasa maafkan papa whatever Yang papa buat abil terasa or buat abil sedih. Abil doa kan papa sentiasa Di berikan kesihatan Yang baik. Abil sayang papa and abil rindu papa sangat.. Happy father’s days Suhaimi bin Abdul Rahman❤

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 

 

Semalam, Nuru Huda atau Abil telah memuat naik ucapan Selamat Hari Bapa yang didedikasikan khas untuk bapanya itu. Antara lain, ucapan Abil meluahkan perasan rindunya terhadap Amy.

 

Apa pu yang berlaku, walaupun mereka sudah lama tidak bersua, Abil mahu Amy tahu bahagwa papanya itu sentiasa dalam ingatannya. Betapa Abil rindukan tawa papanya, gurau-senda, bebelan dan masakan papa.

 

Setiap kali Abil melilhat kawan-kawannya dapat melakukan aktiviti bersama bapa mereka, Abil rasa amat sedih dan cemburu! Betapa Abil rindu mahu memegang tangan papa, nak peluk dan dating berdua dengan Amy.

 

Namun, apakan daya, Abil korbankan semua rasa itu demi memastikan Amy dan orang di sekelilingnya lebih bahagia.

 

Tambah Abil lagi dalam ucapan penuh emosi itu, walau apa pun yang orang cuba lakukan untuk memisahkan mereka dengan pelbagai drama, Abil tetap sayangkan papa dan meletakkan Amy istimewa di hatinya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 

 

Tidak lama selepas itu, ibu tirinya pula memuat naik satu post yang seakan-akan menyindir ucapan Nabila itu apabila mengatakan bahawa Amy walaupun seorang Rocker tidak pernah menyambut Hari Ibu atau Hari Bapa kerana bercanggah dengan agama. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 

 

Abil tidak berdiam diri, mungkin sudah lama memendam perasaan, akhirnya Abil bersuara dengan memuat naik screen shot caption Norish itu dengan kata-kata balasan. Abil menyuarakan rasa kecewanya atas sikap ibu tirinya yang selama ini menjadi api dalam sekam terhadap hubungan mereka dua beranak.

 

Tambahnya lagi, dia tidak faham kenapa Nourish perlu berasa ‘insecure’ dengannya. Abil sempat meninggalkan pesanan kepada ibu tirinya itu agar tidak bimbang kerana dia tidak akan merampas ‘your truly rockstar’ itu kerana darah bintang rock itu sememangnya sudah mengalir dalam dirinya., sampai akhirat pun akan terus di situ. 

 

 

Intrend abil 1

Kredit foto: IG @aku.amysearch

 

 

Bagaimanapun, tidak lama selepas serangan balik Abil itu, dan Instagram Nourish mendapat kecaman ‘jentera bawang’, Nourish nampaknya mengedit semula kapsyen tersebut dan menutup ruang komen.

 

Mungkin masih tidak mampu lagi menanggung pelbagai kritikan, akhirnya Nourish telah menukar mod akaun Instagramnya yang bernama @qasander itu kepada private.

 

 

 

Maka, Ramai Memandang Ibu Tiri Itu Sebagai ‘Monster’

Perkongsian Abil itu mendapat reaksi pelbagai pihak dengan ajnas komen dan pendirian. Kebanyakan yang punya ibu tiri berkongsi pengalaman serupa, yang kebanyakannya punya memori hitam dengan susuk bernama ibu tiri.

 

Ada yang bersetuju bahawa sememangnya kebanyakannya ibu tiri itu sentiasa menjadi batu penghalang dan kaki cucuk antara ayah dan anak kandungnya.

 

Tidak kurang juga yang berkongsi perihal ibu tirinya yang sanggup memisahkan dia dan bapanya sehinggakan hal kematian bapa sendiri pun tidaik diberitahu.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ibu Mertua ku...😍

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 

 

 

Apa pun, tidak semua begitu. Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Pasti ada juga gerangan ibu tiri yang hadirnya membawa harum dalam keluarga. Yang menjadi penguat kasih-sayang dan syurga ke dalam rumah tangga.

 

Perkongsian Abil itu juga mendapat reaksi balas ramai selebriti yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepadanya. Antara yang terlihat meninggalkan komen ialah Harith Iskander, Nurul Wahab, Tiz Zaqyah, Hunny Madu, Adeline Tsen, Achey, Rozita Che Wan dan Ika Nabella.

 

 

Intrend abil 2 

 

 

 

Intrend abil 3

 

 

 

Intrend abil 4

 

 

Intrend abil 5

 

 

 

Intrend abil 6

 

 

 

Di hari baik bulan baik ini, marilah kita sama-sama mendoakan ada jalan pendamaian antara mereka. Air dicincang tak akan putus. Rasanya Nabila Huda pun sudah lama terseksa batinnya.

 

Ketika sesi temubual sampul hadapan majalah InTrend yang dulu pun, ketika diminta mengulas perihal hubungannya dengan Amy, Abil tidak mahu memberi sebarang komen demi menjaga hati banyak pihak.

 

Maka, dari situ kita tahu, perkongsiannya yang terbaru ini adalah ledakan gunung berapi yang sudah lama dipendamnya. Bertabahlah kesemuanya. Semoga Allah satukan keluarga ini hingga ke taman syurga.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.