Nov 18, 2017 - 2292
Oleh: Athirah Zulkifli
MASIH belum terlambat lagi untuk sidang editorial InTrend ucapkan tahniah kepada pelakon jelita, wajah sampul InTrend edisi Februari 2017 — Izara Aishah yang telah selamat bernikah semalam. Pastinya pernikahan ini amat dinantikan oleh jutaan peminat empunya diri.
Izara tampil sungguh memukau dalam persalinan rona putih suci yang amat eksklusif dan gah. Ternyata persalinan ‘Sopan Couture/Future Classic’, sari pati idea yang terilham di tangan pereka fesyen tersohor negara, Rizalman Ibrahim berjaya membawa kelainan. Bagaikan terserlah suntikan aura majestik seorang raja sehari yang cukup luar biasa.
Persalinan yang indah tidak lengkap tanpa solekan yang menaikkan seri wajah pengantin. Wajah Izara mendapat sentuhan emas daripada jurusolek popular, Khir Khalid. Tidak lengkap juga, tanpa dandanan kemas oleh Ckay Liow.
Pelamin Tersergam Indah
Majis pernikahan Izara dan Adib berlangsung di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana. Bukan sahaja bajunya cantik, malah pelaminnya juga tersergam memukau. Dekorasi pelamin yang ditata indah hasil kepakaran Glam Wedding by Dato Rizalman mencantikkan lagi suasana pernikahan Izara dan Adib.
Pastinya peminat turut mendoakan semoga perkahwinan insan sama cantik sama padan ini kekal hingga ke akhir hayat.
Foto Eksklusif Majlis Pernikahan IZARA AISHAH & ADIB KHALID