Jun 14, 2016 - 163

[TRENDING] 7 Drama Korea yang Anda Mesti Tonton Tahun Ini

Selepas drama hits Korea, Descendants of the Sun pasti ramai yang tidak puas menonton drama Korea yang penuh agenda...

Doctors-1.jpg
1. Doctors (Akan disiarkan SBS, 20 Jun 2016) 

“Doctors” menceritakan tentang kisah hidup Yoo Hye Jung (Park Shin Hye) yang perwatakan brutal dan mempunyai kisah silam yang menyedihkan. Perwataknya berubah apabila mentronya, Hong Jo Hong (Kim Rae Won) yang berjaya menjadikan Hye seorang doktor yang penuh kasih sayang dan tidak lagi dibelengu kesedihan.




Uncontrollably-Fond-2.jpg
2. Uncontrollably Fond (Akan disiarkan KBS, 6 Julai 2016)

“Uncontrollably Fond” mengisahkan tentang Shin Joon-Young (Kim Woo-Bin) dan No Eul (Bae Suzy) yang terpisah ketika mereka masih kanak-kanak, kemudian mereka bertemu kembali setelah dewasa. Shin Joon Young adalah seorang aktor dan penyanyi terkenal yang memiliki penampilan menarik. Manakala, No Eul seorang PD dokumentre. Adakah perpisahan diantara mereka mampu membawa mereka kembali ke masa lalu.
 




W-1.jpg
3. W (Akan disiarkan MBC, 20 Julai 2016) 

“W” sebuah drama yang mengisahkan tentang kisah cinta romantik komedi seorang lelaki, Kang Chul (Lee Jong-Suk) dan seorang wanita, Oh Yeon-Joo (Han Hyo-Joo) yang berumur 30-an. Apakah kisah disebalik percintaan mereka berdua ini?
 



Moonlight-Drawn-By-Clouds-1.jpg
4. Moonlight Drawn By Clouds (Akan disiarkan KBS, 15 Ogos 2016) 

Drama korea bergenre komedi romantis ini tentang seorang wanita Hong Ra-On (Kim Yoo Jung) yang menyamar sebagai seorang lelaki dan penasihat dalam hubungan percintaan. Oleh disebabkan, surat cinta yang Hong Ra-On tulis untuk pelanggannya, secara tidak sengaja dia bertemu dengan Putra Mahkota Hyomyeong (Park Bo-Gum).
Hong Ra-On tidak mengetahui Hyomyeong adalah Putra Mahkota. Malah Hyomyeong tidak sedar bahawa Hong Ra-On adalah wanita. Putra Mahkota mula menyukai Hong Ra-On, malah dia berusaha mendapatkan Hong Ra-On sebagai salah seorang daripada mereka. Apakah akan terjadi kepada Hong Ra-On dan Putera Mahkota Hyomyeong? 


 

Scarlet-Heart-Ryeo-1.jpg
5. Scarlet Heart: Ryeo (Akan disiarkan SBS, 29 Ogos 2016)

Drama ini menceritakan mengenai seorang gadis dari masa kini yang tanpa sengaja melintas waktu ke zaman Dinasti Goryeo. Di situ, Hae Soo (IU) terjuma dengan Putera ke-4, Wang So ( Lee Jun Ki) adalah seorng pewaris tahkta Dinasti Goryeo. Malah, Hae Soo juga akan bertemu dengan putera lain selain dari Wang So. Apakah akan terjadi kehidupan Hae Soo di zaman Dinasti Goryeo. 

 


Entourage-1.jpg
6. Entourage (Akan disiarkan tvN, Oktober 2016) 

Young-Bin (Seo Kang-Joon) ialah seorang pelakon yang semakin mengikat naik di dalam industri hiburan Korea Selatan. Sejak kecil hingga dewasa, Young-Bin bersahabat baik dengan Ho Jin (Park Jung Min) yang berperanan sebagai pengurusnya, Chan Joo (Lee Kwang Soo) aktor top era 90-an yang kehilangan popularitinya setelah Young-Bin menjadi bintang pop, dan Geobook (Lee Dong Hwi) rakanya yang selalu berfikiran positif, optimis, ceria namun dia seorang yang dugun dan selalu gagal dalam percintaan. Young-Bin berada dibawah naungan syarikat yang diuruskan oleh CEO Kim Eun Gab (Cho Ji Woong). Bagaimanakah perjalanan seni Young-Bin sebagai seorang pelakon popular dan kehidupan mereka sekawan.

 

The-Legend-of-the-Blue-Sea-1.jpg
7. The Legend of the Blue Sea (akan disiarkan SBS, 9 November 2016)

The Legend of the Blue Sea yang bergener fantasi yang menceritakan mengenai manusia dan duyung. Gadingan hebat Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun bakal menghangatkan lagi kemunculan drama ini. Nantikan tayangannya!  

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  koreadrama