Apr 07, 2016 - 2

[TRENDING!] Benarkah Janna Nick Sedang Bercinta Dengan Syarul Ridzwan?

Benarkah? Ada gosip yang mengatakan Janna Nick sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon...

Janna-1.jpg 

JANNA NICK, BINTANG MUDA TERHANGAT PALING VIRAL!
Teks: Athirah Zulkifli
Instagram:


Bagaimana jadual Janna Nick setelah bergelar selebriti?
Sekarang Janna baru mula penggambaran drama Suami Tanpa Cinta untuk ASTRO, sebanyak 16 episod. Dalam drama ini Janna digandingkan bersama Shukri Yahaya. Janna juga baru habis teater Zombi La La La di Istana Budaya. Selain berlakon, Janna sibuk mempromosikan single pertama Mungkin Saja pada 23 Februari. Janna memang tidak gemar ambil job banyak, nanti tak fokus. 

Dari mana datang nama komersil Janna Nick?
Nama penuh Nurul Jannah Muner, Nick tu adalah panggilan nama ayah Janna dalam kalangan kawan-kawannya. So, Janna gabungkan nama Janna dengan nama ayah jadilah Janna Nick.

Bila Janna Nick mula di kenali ramai? 
Jana bermula dari bawah sebagai pelakoan tambahan, Janna sering membawa watak-watak pembantu di samping pelakon lain. Janna bermula dari telemovie Cinta Vlog, Jodoh 1 dan Jodoh 2. Janna masuk bidang lakonan dengan sedikit ilmu bukan dengan tangan kosong atau bersandarkan rupa semata-mata. Sekarang, penerbit sudah nampak bakat Janna dan diberi kepercayaan untuk memegang watak besar. Kemunculan pertama selaku heroin dalam drama Syurga Nur, Janna mula dikenali ramai. Mungkin masa itu ramai yang tidak mengenali Janna Nick. Bermula drama Kau, Aku, Kita, ramai yang sedar akan kemunculan Janna Nick dalam industri malah ia memberi impak dalam kerjaya Janna. Dari situ adalah peluang Janna untuk meraih perhatian penerbit dan pengarah laian akan bakat yang ditonjolkan. Janna bersyukur dengan peluang yang diberi dan terima kasih kepada para senior yang banyak membantu Janna dalam memperbaiki kelemahan. 

Apa yang orang tidak tahu pasal Janna?
Saya seorang yang simple, a cool girl, suka tegok wayang dan suka membaca tidak kisah bacaan genre apa-apa sekalipun. 

Janna memiliki raut wajah yang comel, bagaimana rutin penjagaan kecantikan Janna? 
Comel ke Janna Nick? Hahaha… Janna jenis simple je, jarang bersolek tebal. Kalau keluar Janna hanya pakai lip bam, maskara dan foundation sahaja. Jika ada penggambaran atau pergi majlis tertentu, Janna akan bersolek dan apabila tiada aktiviti penggambaran Janna beri ruang pada kulit untuk bebas bernafas. 

Mengenai fesyen, bagaimana stail seharian Janna? Sama ada di set penggambaran atau bersantai?
Fesyen, hahaha… Janna bab fesyen jenis yang simple sahaja. Kemeja-T dan jenas itu pilihan stail Janna dan ia selesa untuk bergerak. Kalau hadir penggambaran, Janna kalau boleh nak pakai baju tidur pergi set penggambaran tetapi tidak manis, hahaha. Jika ada majlis tentetu barulah Janna bersiap, tidak elokkan pergi majlis macam tidak bersiap, apa kata orang nanti. 

Bagaimana Janna Nick berinteraksi dengan peminat? Ucapan buat peminat? 
Janna tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan para peminat, kami hanya berbalas komen di Instagram, Twitter dan Facebook. Jika ada masa terluang, Janna akan berjumpa dengan semua ahli kelab Janna Nicker. Terima kasih kepada Janna Nicker yang sentiasa menyokong dari mula Janna bergelar pelakon hingga ke hari ini. Terima kasih banyak-banyak. Love you Janna Nicker… hahaha 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  jannanick

  • ← Sebelum

    (KISAH BENAR!) Johan Dedahkan Pengalaman Dia Merempit di Kuala Lumpur yang Membuat Mat Rempit Insaf!

  • Seterus →

    [TRENDING!] Benarkah Janna Nick Sedang Bercinta Dengan Syarul Ridzwan?