Jul 27, 2016 - 27

Filem Wonder Women Mendapat Sentuhan Pengarah Wanita

Warner Bros. telah melancarkan trailer filem Wonder Women di acara Comic-Con di San Diego. Pastinya penggemar filem ternanti-nanti tayangan filem ini pada 2017. Apa yang menarik filem ini, nantikanya!

Teks : Athirah Zulkifli 
 

Foto : independent.co.uk
 

Wataknya tampil bersama Superman dan Batman dalam filem “Batman vs Superman: Dawn of Justice”, kini watak Wonder Women akan kembali menemui penonton dengan filemnya sendiri. Wonder Women adalah karakter jaguh wanita ciptaan William Moulton Marston untuk DC Comics pada tahun 1941. Meskipun memiliki paras wajah yang cantik, namum kekuatan Wonder Women tidak boleh diperlekehkan. 

Foto : Poster rasmi Wonder Women 

 

Baru-baru ini, Warner Bros. telah melancarkan trailer filem ini di acara Comic-Con di San Diego. Warner Bros. mengumumkan filem ini akan mula ditayangkan pada tahun 2017. Filem Wonder Women ini diarahkan oleh Patty Jenkins dan ditulis oleh Jason Fuchs.


 

  

Filem ini menampilkan aktor tampan Chris Pine yang akan berpasangan dengan akters seksi, Gal Gadot. Filem Wonder Women mengisahkan Diana adalh puteri raya Amazon yang dilatih untuk menjadi pahlawan. Dia dibesarkan di pulau terlindung, pada ketika itu seorang juruterbang Amerika terhempas di persisiran Amazon. Dari situ dia mula menceritakan tentang konflik  peperangan yang berlaku di dunia luar. Oleh itu, Diana merasakan yakin bahawa dia dapat menghentikan ancaman tersebut. Apakah kesudahan Diana sebagai Wonder Women? Nantikanya! 
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  wonderwomen