Sep 24, 2014 - 6

Around The World Concert

Mizz Nina akan muncul dengan sebuah konsert khas buat peminat dan penyokong setianya

mizznina_concert_2.jpg
Setelah hampir tiga tahun sejak kemunculannya secara solo dalam industri muzik tempatan pada 2010, bintang pop sensasi Mizz Nina akan muncul dengan sebuah konsert khas buat peminat dan penyokong setianya. A concert showcasing her past and present repertoire, Mizz Nina akan mengadakan konsert pertama yang bakal menyaksikan persembahan bersama bintang K-pop Jay Park melalui kolaborasi single terbaru mereka ‘Around The World’ yang sedang hangat berputar di corong radio. Mizz Nina turut akan berkongsi pentas bersama ahli asal kumpulan The Tarik Crew yang merupakan titik mula dia dalam industri muzik sebagai penyanyi rap. Bersama Altimet, Fiquetional dan DJ Fuzz akan menggegarkan pentas dan mengembalikan memori kegemilangan mereka sejak 1999.

Team produksi di belakang konsert ini bukanlah nama asing dalam industri, seperti Raja Malek sebagai pengarah kreatif, Genervie sebagai pengarah muzik dan Marcus Tucker selaku ketua jurutari. Pengalaman dan kreatviti mereka menjanjikan pengalaman baru yang luar biasa buat semua peminat untuk konsert selama satu jam ini. Jika anda adalah peminat setia Mizz Nina ataupun hanya peminat muzik tempatan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tiket boleh didapati di redtix.airasia.com/Events/mizznina/ atau kaunter Rock Corner dan Victoria Music Outlerts berdekatan bermula 17 April 2013.

Tarikh: 18 May 2013 (Sabtu)
Tempat: KL Live @ Life Center
Waktu: 7.30PM (Pintu di buka) 8.30PM
Harga tiket: RM70 (Limited Pre-Sale Release), RM100 (General and At The Door)

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Mizz Nina