Feb 02, 2015 - 3

Astro GO SHOP - Cara Baru Membeli Belah

GO SHOP adalah destinasi gaya hidup beli-belah 24 jam yang menghiburkan yang mempunyai demonstrasi, promosi dan penjualan produk...

GO-SHOP-Launch_Photo3.JPG
GO SHOP adalah destinasi gaya hidup beli-belah 24 jam yang menghiburkan yang mempunyai demonstrasi, promosi dan penjualan produk serta perkhidmatan menerusi pelbagai platform termasuk Astro TV, Astro On The Go, talian e-dagang dan perdagangan mudah alih dengan menawarkan pengalaman runcit pada bila-bila masa dan di mana jua. GO SHOP adalah usaha sama antara penyiar terkemuka di Malaysia, Astro Malaysia Holdings Berhad dan GS Home Shopping Inc – peruncit multimedia terkemuka Korea.

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), sebuah syarikat kumpulan hiburan media pengguna bersepadu terkemuka di Asia Tenggara, dan GS Home Shopping Inc., sebuah  syarikat runcit multimedia terkemuka Korea dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran GO SHOP iaitu sebuah perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu di Astro TV (Saluran 118), Astro On The Go  dan platform atas talian serta mudah alih GO SHOP.

GO SHOP merupakan penglibatan pertama Astro dalam domain e-dagang yang membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana jua menerusi platform pilihan mereka sama ada telefon mudah alih, tablet ataupun komputer peribadi.

“Rakyat Malaysia kini semakin pantas berhubung, bijak dan mudah mendapatkan maklumat serta menginginkan yang terbaik. Oleh itu, Go Shop menandakan komitmen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik buat para pelanggan dengan membawa lebih banyak pilihan, kemudahan dan pengalaman buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro. 

“Ia juga membantu kami mempelbagaikan rangkaian perniagaan dan menembusi industri global yang sedang berkembang, yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion di Malaysia menjelang tahun 2020 dengan arah aliran kaedah membeli-belah dalam talian yang semakin mendapat tempat.”
GO-SHOP-Launch_Photo-1.jpg
Jumlah permodalan syarikat usaha sama ini ialah sebanyak RM70 juta dan dijangka menjana hasil tahunan sehingga RM500 juta dalam masa lima tahun.

“Kami memilih untuk bekerjasama dengan salah satu syarikat peneraju perniagaan beli-belah dari rumah di Asia yang mempunyai rekod pencapaian yang terbukti selama lebih 20 tahun,” tambah Dato Rohana lagi.

“Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur terkini yang dimiliki Astro seperti kemudahan penyiaran, pusat panggilan, platform saluran dan studio rakaman serta ditambah pula dengan kepakaran tepat dan terbaik khusus untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dalam menjadikan usaha GO SHOP akan menjadi pemangkin pertumbuhan yang kukuh untuk Astro dari segi pertumbuhan pendapatan masa depan, dengan menyasarkan pasaran sedia ada sebanyak 4.3 juta buah kediaman dan 17 juta pengguna. Arah aliran pertumbuhan global e-dagang pada hari ini membuktikan bahawa inisiatif membeli–belah dari rumah adalah segmen runcit yang semakin berkembang pesat, mengatasi pertumbuhan pasaran runcit fizikal. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: