May 11, 2015 - 7

Cadbury Dairy Milk Melancarkan Karnival Unik Bersama Dato’ Siti Nurhaliza

Cadbury Dairy Milk tetap setia membawa keceriaan seiring dengan pelancaran hebat Karnival Marvellous Creations hari ini bersama-sama bintang penyanyi pujaan tanahair Dato’ Siti Nurhaliza.

CDMMC1.jpg
Jenama coklat terkemuka di Malaysia, Cadbury Dairy Milk tetap setia membawa keceriaan seiring dengan pelancaran hebat Karnival Marvellous Creations hari ini bersama-sama bintang penyanyi pujaan tanahair Dato’ Siti Nurhaliza.
Karnival Marvellous, yang membuka tirainya kepada orang ramai pada hari Khamis, 7 Mei lalu akan dibuka sehingga hari Ahad, 10 Mei. Karnival tersebut merangkumi pengalaman Marvellous Creations baharu Cadbury Dairy Milk dan menyemarakkan pengalaman coklat penuh ceria kepada orang ramai. Di Karnival ini, orang ramai berpeluang mencuba-rasa dan membeli Marvellous Creations sambil menghayati dunia penuh ceria Marvellous Creations menerusi permainan dan persembahan yang amat menyeronokkan – pendek kata suatu pengalaman Karnival yang riang tetapi luar biasa. Karnival Marvellous dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam dan juga bakal menjelajah ke Queensbay Mall di Pulau Pinang dari 28 hingga 31 Mei.
CDMMC4.jpg
Dato’ Siti membuka acara Karnival dengan suatu persembahan cukup menarik bersama pancaragam bras dan kumpulan penghibur keliling, seterusnya beliau melontar cabaran kepada para peminat bertuah untuk mencuba suatu permainan ‘Break The Mould’, salah satu daripada pelbagai permainan menarik yang ditawarkan di Karnival Marvellous. Begitu ramai pengunjung yang datang ke mall itu bertumpu di sekitar kawasan Karnival Marvellous untuk menyaksikan acara pembukaan dan kemudiannya membanjiri karnival untuk bersukaria. Sepuluh pengunjung pertama karnival juga diberi keistimewaan bergambar bersama Dato’ Siti dan fotonya dicetak di situ juga untuk dibawa pulang.

“Saya betul-betul teruja berada di sini! Sebagai insan periang, Cadbury Dairy Milk mencerminkan imej saya sebagai seorang yang gembira dan bahagia. Bukan main seronok bekerja dengan mereka semasa membuat penggambaran filem iklan TVnya awal tahun ini, dan Karnival Marvellous har ini sangat kena pada masanya untuk berdampingan dengan peminat saya sambil berkongsi detik-detik keriangan!” ujar Dato’ Siti Nurhaliza
CDMMC3.jpg
Kata beliau lagi, “Anda mesti cuba coklat baharu Marvellous Creations ini. Saya suka semua coklat Cadbury Dairy Milk tetapi hari ini saya menemukan kegemaran terbaharu iaitu Jelly Popping Candy!” “Cadbury Dairy Milk sangat teruja mempunyai Dato’ Siti di sini untuk membantu berkongsi keriangan dan mengalu-alukan rakyat Malaysia ke Karnival Marvellous. Kini Marvellous Creations sudah pun membawa keasyikan dan kekaguman tentang bagaimana orang ramai menikmati coklat, kerana itu kami ingin menterjemahkan “pesta-dalam-mulut-anda” menjadi pesta yang sebenar. Kami menggalakkan keluarga ramai-ramai datang ke Karnival Marvellous dan mengalami detik-detik penuh keriangan bersama-sama,” sambut Eileen Wee, Pengurus Kategori Coklat, Mondelez Malaysia.

Sejak berada di pasaran pada 1 Mei 2015 yang lalu, Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Malaysia yang tidak sabar-sabar lagi hendak menikmati produk baharu itu. Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations telah mencetuskan keterujaan di peringkat keriangan, suatu kenikmatan makan coklat corak baharu dengan ketulan-ketulan berbentuk luar biasa coklat susu Cadbury Dairy Milk lazat, padat berisi pelbagai perisa dan tekstur luar jangka yang digemari ramai. Setiap gigitan berbeza dan bagaikan suatu pesta di dalam mulut!
 
Coklat Marvellous Creations tampil dengan dua varian yang menyeronokkan lagi menyelerakan:
 
1. Jelly Popping Candy: Jelly, Candy Bits dan Popping Candy disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy
2. Peanut Toffee Cookie: Peanut, Toffee dan Cookie Bits disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk
Suatu kenikmatan sejati untuk dikongsi bersama keluarga, kombinasi yang begitu menyelerakan ini Jelly Popping Candy dan Peanut Toffee Cookie akan beredar di seluruh Malaysia dalam saiz 160g (RM8.90 RCP) Untuk keterangan lanjut mengenai Marvellous Creations dan Karnival Marvellous, para peminat diminta melayari www.facebook.com/CadburyDairyMilk.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: