Aug 11, 2015 - 1

[DOWNLOAD] RAKU raikan kemerdekaan bersama DiGi ‘negaRAKU @HardRockCafeTour’

IMG_0333.jpg
Erti sebuah kebebasan merupakan suatu mercu tanda sebenar bagi memahami apakah maksud di belakang nama ‘Merdeka’. Dalam menyambut sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun, perkhidmatan penstriman digital di bawah naugan Astro Radio iaitu RAKU akan bekerjasama dengan pihak DiGi bagi mempersembahkan barisan pemuzik dan band tempatan terbaik negara untuk beraksi secara langsung di seluruh Malaysia demi menyemarakkan lagi pentas negaRAKU@HardRockCafe Tour Terdapat sepuluh (10) pemuzik tanahair termasuklah kumpulan rock dan indie terbaik di Malaysia akan membuat persembahan di empat (4) lokasi Hard Rock Café sendiri iaitu pada setiap hari Ahad di sepanjang bulan Ogos ini , dan di minggu pertama pada bulan September.

Kepada mereka yang tidak dapat meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan artis- artis kegemaran, mereka masih boleh menikmati persembahan tersebut secara langsung dengan membuka aliran negaraku@HardRockCafe Tour 'live' di aplikasi RAKU (www.raku.my).

Sejak pelancaran RAKU pada bulan Mei baru-baru ini, muat turun aplikasi ini telah meningkat sebanyak dua kali ganda sehingga mencecah sejumlah 87,000 muat turun. Pada masa yang sama juga, bilangan lagu di RAKU telah meningkat dengan mendadak dari catatan awal sebanyak 2 juta buah lagu kepada 8.5 juta buah lagu hanya dalam masa lebih kurang tiga (3) bulan. Dengan jutaan lagu yang disediakan oleh platform RAKU ini, kami yakin ia mampu menarik lebih ramai penggemar muzik dan pengguna penstriman radio untuk meluangkan lebih masa melayari RAKU di masa-masa yang akan datang. Selaras dengan perkembangan corak penggunaan muzik pada masa kini, beberapa artis tempatan juga kini melancarkan single atau atau album baru mereka buat julung-julung kalinya di RAKU seperti Amy Mastura dan Dragon Red. "
IMG_0367.jpg
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai RAKU, pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini melalui iOS dan Android seterusnya mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan muzik, konsert dan promosi terbaik Malaysia, atau layari www.musicfreedom.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Digi Music Freedom.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: