Feb 24, 2016 - 3

[GEMPAR!] Kolaborasi hebat Yuna bersama penerbit hip hop lagenda di Amerika Syarikat akan dilancarkan dalam album terbarunya, Chapter.

Penyanyi, Yuna bakal mengadakan jejlahnya di Amerika Syarikat pada April ini antara bandar yang akan dikunjungi...


 Penyanyi dan komposer terkenal tanahair Yuna bakal tampil dengan album studio antarabangsa ketiga selepas Yuna dan Nocturnal. Kerjayaan Yuna, sekaligus terus mengharumkan namanya di industri antarabangsa terutama di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, saluran YouTube rasmi Yuna iaitu YunaVEVO telah memuat naik single terbarunya Places To Go yang bakal menjadi lagu pertama dalam albumnya, Chapters. Single Places To go menampilkan kolaborasi Yuna bersama penerbit hip hop lagenda, DJ Premier. Sebelum ini DJ Premier adalah penerbit beberapa album bintang muzik dunia antaranya Christina Aguilera, Kanye West, Snoop Dogg dan Limp Bizkit.

Kolaborasi mereka dalam irama Places To Go satu penyatuan yang indah antara dendangan lunak soul Yuna dan rentak hip hop Dj Premier. Album Chapters bakal berada di pasaran pada 20 Mei ini.  Yuna juga bakal mengadakan jelajah Amerika Syarikat dan Eropah pada April ini di Berlin, Amsterdam, Paris, New York dan Los Angeles. Pastinya peminat Yuna di Malaysia tidak sabar akan kemunculan album terbaru Yuna. 
Sumber artikal : Awani.com


Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.