May 24, 2016 - 12

[GEMPAR!] Konsert OST K-Drama Popular Descendants Of The Sun Bakal Diadakan di Malaysia

Penanganan drama Korea Descendants Of The Sun bakal mengadakan konsert OST mereka di empat negara Asia termasuk...

 Penanganan drama Korea Descendants Of The Sun bakal mengadakan konsert OST mereka di empat negara Asia termasuk Malaysia. Meskipun tarikh konsert masih belum ditetapkan, berita ini sudah cukup mengujakan buat peminat K-Drama terutama drama Descendants Of The Sun di Malaysia. 

Menurut wakil drama ini, Konsert OST ini akan diadakan di 7 lokasi di 4 negara termasuk Taiwan, Singapura, Malaysia dan beberapa bandar di China seperti Beijing dan Hong Kong. Meskinpun drama ini sudah berakhir, namun kedudukan drama Descendants Of The Sun ini sudah kukuh dianggap sebagai Hallyu drama. Oleh itu, dengan serta merta mereka menerima peluang ini untuk mengadakan konsert ini. 
dos.jpg

Konsert OST Descendants Of The Sun akan diadakan pada 14 Mei di Hall of Peace in Kyung Hee University, Seoul yang boleh memuat seramai 7,000 penonton. Selain mendendangkan lagu-lagu OST dari drama ini ada juga memaparkan bebrapa sedutan disebalik tabir pembikinan drama ini. Pastinya peminat lagi teruja dengan kemunculan istimewa pelakon-pelakon drama Descendants Of The Sun seperti in Goo, Kim Ji Won, Lee Seung Jun, dan Seo Jung Yeon. Pastinya peminat di Malaysia tidak sabar akan Konsert OST Descendants Of The Sun ini. 
DOTS-1.jpg

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.