Mar 04, 2016 - 2

[GEMPAR!] Kumpulan K-Pop terkenal, EXO bakal mengegarkan Stadium Merdeka 12 Mac ini.

Buat peminat EXO, pastinya tyda sabar akan konsert EXO Planet #2 : The EXO’luXion yang akan berlangsung pada 12 Mac ini di Stadium Merdeka...

 EXO-800.jpg

 Pastinya peminat EXO di Malaysia tidak sabar menunggu kehadiran ahli kumpulan EXO yang akan menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert EXO Planet #2 : The EXO’luXion pada 12 Mac ini. Konsert ini akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert jelajah dunia EXO ini, bakal menyaksikan EXO menyampaikan lagu-lagu hits mereka seperti Call Me Baby, Growl dan Overdose. 

Kemunculan kumpulan dari Korea Selatan ini, sememangnya dinanti-nantikan oleh EXO-L selepas jelajah pertama EXOPLANET #1- The Lost Planet 2014 yang tidak menyenarikan Malaysia sebagai salah satu lokasi konsert. Selain Malaysia, konsert jelajah ini turut diadakan di Korea Selatan, China, Macau, Hong Kong, Thailand dan Taiwan. EXO yang dianggotai sembilan ahli iaitu Suho, Xiumin, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O, Kai, dan Sehun bakal beraksi di konsert EXO Planet #2 : The EXO’luXion. 

Konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur ini dibawakan oleh Star Planet dan IMC Live Group.ditaja bersama Spritzer, Mineral Water dan Robson Hill Residency.  Buat semua EXO-L nantikan kedatangkan mereka di Kuala Lumpur 12 Mac ini. 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.