Apr 19, 2016 - 1

[MUZIK] ‘BTSWT’ Hadiah Ulangtahun Ke-12 BITTERSWEET Khas Buat Peminat

Band kelahiran Ipoh ini yang mengekalkan ‘brit rock’ dan ‘garage pop’ sekitar 70an, 80an dan 90an kini melahirkan album ketiga...

Bitterswet-2.jpg 
Siapa tidak kenal sebuah band  ‘British Pop Rock’  yang berpengaruh berasal dari Ipoh, Perak. Kerjayaan mereka menembusi pasaran muzik tempatan dengan memperkenalkan gabungan muzik ‘Pop Yeh Yeh’ dan ‘BrithPop’ . Pertaruhan album pertama BITTERSWEET ‘Perfect Match’ mendapat sambutan luar biasa dengan kemunculan terawal yang boleh digolongkan di dalam ‘Brit Pop Band’ di Malaysia. Sambutan dan sokongan peminat muzik, mereka tampil dengan album kedua iaitu ‘Empire’s Transition’ pada Mei 2011.
Khas buat peminat mereka, akhirnya, BITTERSWEET kini kembali dengan album ketiga mereka dengan gaya muzik tersendiri bersempena ulangtahun ke-12 BITTERSWEET di persada industri muzik tanahair. Album terbaru berjudul ‘BTSWT’ dihasilkan sendiri oleh BITTERSWEET dibawah syarikat milik mereka sendiri iaitu History Records. Album ini akan berada di pasaran tempatan dan juga dalam platform digital bermula pada 1 April 2016. 




Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  BTSWT