Nov 06, 2015 - 1

[MUZIK] Gempar! Katy Perry ‘queen’ paling mahal kalahkan Taylor Swift!

Bintang pop, Katy Perry tersenarai dalam Forbes sebagai wanita No 1 yang mendapat pendapatan tahunan paling tinggi...

 katy-taylor.jpg
 

 Bintang pop, Katy Perry tersenarai dalam Forbes sebagai wanita No 1 yang mendapat pendapatan tahunan paling tinggi pada tahun  2015 sebanyak $135 juta. Sebelum ini, Perry pernah berada di tangga ke-5 tahun lepas dengan pendapatan sebanyak $40 juta. Nampaknya kali ini Katy Perry menaik secara mendadak dengan mengalahkan Taylor Swift. Purata pendapatan Katy Perry dikira pada tahun ini berdasarkan hasil pendapatannya dari bulan Jun 2014 – Jun 2015, termasuk pendapatan dari segi penjual album, kontrak iklan dan TV kormesial.  

Taylor Swift masih tersenarai dalam Forbes berada di tangga ke-2 dari hasil pendapatannya sebanyak $80 juta dengan penjual album hitsnya ‘1989’ pada tahun 2014. Antara artis wanita yang tersenarai dalam Forbes dengan bayaran tertinggi pada tahun 2015 ialah Lady Gaga $59 juta, Beyoncé $54.5 juta , Jennifer Lopez , dan Miranda Lambert.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  KatyPerry