Dec 11, 2015 - 8

[MUZIK] Gempar! Tiket Gegar Vaganza habis dijual sebanyak RM1,000

Tiket konsert akhir Gegar Vaganza 2 habis dijual sebanyak RM1,000. Selain tiket VIP yang bernilai RM1,000...

 GV2-Tiket-Sold-Out.JPG

Tiket konsert akhir Gegar Vaganza 2 habis dijual sebanyak RM1,000. Selain tiket VIP yang bernilai RM1,000, tiket berharga RM380 dan RM300 juga habis dijual pada 6 Disember. Selain itu, tiket berharga RM250 dan RM200 masih dibuka untuk pembelian. Meskipun ada setengah pihak yang merungut mengenai harga tiket, para peminta tetap sanggup membeli tiket semata-mata mahu menyokong peserta kegemaran mereka. Malah sambutan dari penonton amat menggalakan bagi musim kedua ini. Setiap pembelian tiket disertakan beberapa hadiah sampingan seperti t-shirt, kupon dan barangan istimewa Gegar Vaganza 2. Jangan lupa saksikan pentas akhir Gegar Vaganza 2 Ahad ini yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Ria HD (123) bermula pukul 9 malam.

Sumber teks : Astro Gempak
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.