Mar 27, 2015 - 9

Perkahwinan Mewah Dan “Brilliant” Najwa Mahiaddin & Idris Ko

InTrend ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Najwa yang kini sudahpun begelar isteri kepada Idris Ko.

Pertama sekali InTrend ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Najwa yang kini sudahpun begelar isteri kepada Idris Ko. Berdasarkan gambaran dari laman akaun instagram rakan-rakan media ternyata perkahwinan ini cukup indah dengan garapan dekorasi ringkas dan segar dari Glam Weddings sememangnya merupakan satu kelainan yang di tampilkan dalam majlis yang penuh bersejarah ini. 
1601043_778757915536103_3089980027036678133_n.jpg
Difahamkan majlis itu berlangsung pada tengah hari dengan sepersalinan serba putih. Kelihatan Najwa begitu anggun dan manis sekali di hari bahagianya. Majlis berlangsung di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Satria Putrajaya.
 
Najwa dan Idris telah bertunang pada bulan Disember tahun lalu, yang dihadiri oleh sanak saudara dan rakan taulan.

Satin biru habis digunting...
Sehelai sepinggang tiadalah jua... 
Pengantin baru manis bersanding... 
Bagai pinang dibelah dua...
download-(1).jpg
download.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: