Apr 04, 2016 - 4

[TRENDING!] Detik-detik Tawa dan Air Mata di Konsert Terakhir Datuk Siti Nurhaliza yang Menyentuh Hati Anda.

Merayakan legasi dua dekad pembabitannya dalam industri seni tanah air, permata seni negara, tidak lain dan tidak bukan...

01-001-DCT_0632.JPG

Merayakan legasi dua dekad pembabitannya dalam industri seni tanah air, permata seni negara, tidak lain dan tidak bukan, Datuk Siti Nurhaliza telah melangsungkan ‘Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends’ di Stadium Merdeka  pada Sabtu lalu. Konsert solo yang diadakan buat kali ke-11 dalam sejarah karier Datuk Siti ini dianjurkan oleh Yonder Music dan Celcom Xpax. Satu perkara yang amat istimewa tentang konsert ini adalah ia merupakan persembahan skala besar terakhir Datuk Siti sebelum beliau berehat dan bercuti panjang selama dua bulan. 

Pada malam konsert tersebut, Datuk Siti berbesar hati menjemput sahabat-sahabat seperjuangannya untuk berkongsi pentas nyanyian. Antara nama-nama besar tanah seberang yang berkolaborasi dalam konert ini adalah Anggun Cipta Sasmi, Afgan dan Cakra Khan. Selain artis serantau, Datuk Siti turut menjemput Hafiz Suip, Faizal Tahir, Joe Flizzow dan SonaOne untuk bersama-sama meraikan momen bersejarah ini, disaksikan lebih 7,000 peminat-peminat setia yang rata-ratanya menyifatkan, ini adalah penampilan paling matang dan paling hebat daripada Datuk Siti. 

Pembukaan konsert ‘Datuk Siti Nurhaliza & Friends’ dimulakan dengan persembahan akustik lagu-lagu seperti Aku Cinta Padamu, Percayalah, Jaga Dia Untukku dan Terbaik Bagi Mu. Persembahan diteruskan dengan iringan band The Gotham All Start, digemakan alunan suara lincah milik rapper Joe Flizzow dan SonaOne menerusi medley lagu rancak seperti Ku Mahu, Ku Milikmu serta Destinasi Cinta. 

Buat kali pertama berkongsi pentas, tidak sukar bagi Anggun untuk menarik  perhatian penonton dengan duet bersama Siti menerusi lagu Snow On The Sahara dan Bukan Cinta Biasa. Ternyata kolaborasi suara Siti dan Anggun  sangat memukau! Selain Anggun, Siti juga berpadu suara bersama bintang-bintang jemputan - Hafiz Suip menerusi lagu Muara Hati, Cakra Khan (Seluruh Cinta), Faizal Tahir (Bagaikan Sakti) dan Afgan ( Bukan Cinta Biasa). Selain itu, Datuk Siti turut mendedikasikan lagu Jerat Pencinta khas buat pencipta lagu ini iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan. 

Satu lagi momen teristimewa adalah saat Datuk Siti menyanyikan lagu Memories secara duet digital bersama rakaman suara penyanyi pujaannya, Mendiang Whitney Houston. 

Nantikan foto-foto eksklusif di sebalik tabir sebelum ‘Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends’ ini berlangsung, dibawakan khas untuk anda dalam laporan berikutnya. 

 

Kredit Foto: Terima kasih Siti Nurhaliza Productions & @rasafilm.co
03-007-DCT_0746.JPG04-008-DCT_0762.JPG05-009-DCT_0787.JPG06-011-DCT_0812.JPG10-044-SFP_7609.JPG11-046-SFP_7634.JPG12-049-SFP_7694.JPG13-052-SFP_7734.JPG23-041-SFP_7526.JPG24-058-SFP_7779.JPG

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.