Jan 21, 2016 - 2

[TRENDING] Gempar! Azlina curi perhatian Ziana Zain melalui video ujibakat

Sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, diva popular Ziana Zain muncul di pentas Seiras Seirama...

 Sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, diva popular Ziana Zain muncul di pentas Seiras Seirama pada Ahad lalu. Kehadiaran Ziana di pentas Seiras Seirama untuk mencari ikon dirinya sendiri bagi mewakilinya di pentas akhir Seiras Seirama. Azlina (26) dinobatkan sebagai juara episode Ikon Ziana Zain. Kehebatan Azlina terbukuti apabila dia memdendangkan lagu Anggapanmu, berjaya membuktikan keupayaan vokalnya menyanyikan lagu bernada tinggi.

Menurut Ziana, Azlina telah mencuri perhatiannya dari awal apabila Ziana menonton klip video ujibakat yang dihantar oleh Azlina bagi menyertai program ikon Ziana Zain. Azlina mara ke pusingan Caras Mencaras yang memperlihatkan juara pilihannya itu terpaksa berusaha keras untuk menyaingi Salma Andi Asis (25 tahun) yang adalah juara bagi sebuah program realiti nyanyian menerusi lagu Mencari Teman.

Episod seterusnya bakal menampilkan Ikon Mas Idayu. Mampukan para peserta bergelek seperti Mas Idayu? Ayuh sama-sama kita saksikan Seiras Seirama episod enam yang bakal menemui penonton pada hari Ahad (24 Januari 2016), jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jangan ketinggalan!
 
Datuk-Aznil-bersama-prop-motosikal-yang-dibawa-bagi-persembahan-Salma.jpgKeempat-empat-peserta-Seiras-Seirama-ep-Ikon-Ziana-Zain-bersama-Ziana-Zain.jpgPusingan-Caras-Mencaras,-Salma-dan-Azlina.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.