May 09, 2016 - 28

[TRENDING!] Neelofa ‘Libas’ Pencabar Hebat di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 29

Keampuhan populariti pelakon dan pengacara jelita, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa

Semalam berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 29 yang bertemakan #RESPEK yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pada malam tersebut, tuah milik kepada pengacara rancangan MeleTop, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dinobatakan sebagai Bintang Paling Popular. Meraih 212,829 undian, Neelofa ‘menewaskan’ nama besar antaranya Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Mira Filzah dan Aizat Amda. Selain itu, Neelofa turut menggunguli kategori Pengacara TV Popular. Kemenangan ini, Neelofa membawa balik dua trofi dan sebuah kereta Volkswagen Passat bernilai RM173, 888. 
Neelofa-1.jpg
Kemenagan Neelofa dikongsikan bersama peminat yang sentiasa menyokongnya. 


Menerusi laman Instagram Neelofa, mengucapkan terima kasih buat @lofateam yang bertungkus lumus mengundinya.
First of all, I would like to take this opportunity to say thank you to all of you for the endless supports. Tanpa kalian semua, lofa tidak akan berpeluang untuk menggenggam trofi ini. Terima kasih sebab sudi tick nama lofa dalam borang pencalonan. Lofa sangat-sangat hargainya. And to Berita Harian & TV3 congrats untuk acara yang gilang-gemilang ini. Next year mesti lagi awesome! @lofateam you guys 👍🏻❤️ no words can describe how much lofa sayang korang!” 

Tahniah buat Neelofa berjaya mendapat gelaran Bintang Paling Popular, ABPBH ke- 29. 

Antara komen peminat Neelofa selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular. 
IMG_9087.PNG
IMG_9087-(1).PNGIMG_9088.PNGIMG_9089.PNG
Neelofa-2.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.