Jul 08, 2015 - 1

#Throwback Intrend 10 Tahun, Persembahan Dato Siti Nurhaliza, Vokalnya Memang Superb!

esffwe.jpg
Ketika sesi pendaf taran yang bermula jam 7.00 malam , suasana dewan mula dihangatkan dengan persembahan DJ Nas T yang bersahaja namun menghiburkan . Sejam kemudian , pentas InTrend diambil-alih oleh Dina Nasir dan Jihan Muse yang ber tindak sebagai hos pada malam itu . Kami beri tabik hormat pada persembahan Dayang Nur faizah , vokalnya memang superb! Dayang yang menyarung persalianan serba putih dilihat cukup ber tenaga kala menyampaikan dua buah lagu untuk menghiburkan tetamu InTrend . Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Editor Pengurusan InTrend, Rosie Haslinda Nasir, diikuti pengumuman lima cabutan ber tuah yang mana hadiahnya ditaja oleh Roscani Timepiece . Sebaik hidangan makan malam disediakan , pentas InTrend menjadi milik Syarifah Shahira & The Cili Padi Group. Keletahnya yang bersahaja menggamatkan suasana . Mempelbagaikan genre muzik pada malam itu , InTrend turut mengundang Amelina yang cukup dikenali sebagai Ratu Dangdut. Pentas InTrend semakin mendapat tumpuan apabila Dato’ Siti Nurhaliza tampil menyanyikan lagu Lebih Indah dan Warna Dunia
ewfwefwe.jpg
Penyampaian 10 Anugerah Pilihan InTrend pada malam itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi, Astro Digital Publications Sdn . Bhd. , Sree Pathmanathan . Alyah kemudiannya mengambil pentas InTrend dengan sebuah persembahan mantap meskipun dikhabarkan kurang sihat pada hari itu . Tidak ketinggalan ,InTrend menobatkan Ryzal Jaafar sebagai Best Dressed Celebrity Male dan Tasha Shilla sebagai Best Dressed Celebrity Female yang menerima seutas jam tangan tajaan Rosc ani Timepiece . Kemeriahan diteruskan dengan persembahan kemuncak oleh Ziana Zain. Meski penat sepanjang hari , warja kerja InTrend khususnya dan warga kerja Astro Digital Publications berpuas hati . Sokongan anda semua, kami hargai , semoga dapat meraikan majlis sama pada tahun-tahun berikutnya.
Terima kasih semua!

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: