Mar 28, 2017 - 1454

Allahu Akbar! Allah SWT Pinjamkan Baby Rezkie Selama 20 Hari Kepada Azharina — Dia Akhirnya dipanggil Ilahi

Baru sebentar tadi Juara Gegar Vaganza 2016, Azharina mengumumkankan, permata hatinya yang baru berumur 20 hari, akhirnya berpulang ke pangkuan Pencipta. Al-Fatihah, salam takziah daripada kami.

 

 

 

 

 

 

“Dari dia kita datang pada dia kita pulang. Jenazah Rezkie Azharin Azhar akan dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong, Selangor selepas Asar ini. Al-Fatihah semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya.”

 

 

Caption ini baru dimuat naik Azharina sejam lepas, membawa perkhabaran sedih bahawa anaknya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pedihnya hati seorang ibu terpaksa merelakan pemergian anak yang baru dicurahkan kasih sayang. Semoga Azharina tabah menghadapi ujian yang diberikan oleh-Nya. Al-Fatihah. 

 

 

 

 

 

 

 

“YA ALLAH, aku ibunya, kau cabutlah nyawaku gantikan dengan dia anakku Rezkie... kau nazak sayang hanya Allah tahu hati Mummy… kau berjuang untuk hidup tatkala Mummy harus menghibur orang demi mencari rezeki menafkahi kamu berdua anakku. Ampunkan dosa Mummy anakku. Saya mohon doa buat anak saya Rezkie Azharin Azhar Abdullah yang sedang nazak berjuang dengan bantuan pernafasan sekarang. Al-Fatihah."

 

Ayat pasrah dengan ketentuan Ilahi ini telah dimuat naik Azharina semalam, apabila anak keduanya itu terpaksa berjuang untuk meneruskan hidup dengan bantuan pernafasan. Menerusi caption ini perasaan sedih Azaharina tidak dapat dibendung lagi apabila anaknya terpaksa memperjuangkan nyawanya. 

 

 

 

 

 

 

 

“Asalamualaikum Rizkie Azharin Azhar, paru-paru dah penuh susu, pendarahan otak, buah pinggang kiri kanan sudah rosak, darah dia menunjukkan asid yang tidak comparable untuk manuals hidup. Semasa Nina bawa ke hospital selepas konsert dia masih boleh bernafas, sekarang hanya bergantung 💯 pada mesin oksigen, jantung juga dipump. Memang dia kalau hidup akan sakit dan tidak normal. Nina sudah tidak berdaya, Nina mohon bagi Nina masa menguruskan anak sehingga saat akhir dia. Sebagai ibu, Nina hancur hati, sangat sedih kerana Ninalah ibu Ninalah ayah buat anak-anak. Tapi Nina juga wanita rapuh, tidak sempurna. Hanya doa dan air mata Nina ada buat masa ini. Nina harap maafkan Nina tidak menjawab panggilan kerana di dalam wad NICU di hospital Putrajaya.” 

 

 

Mulianya hati Azharina menjaga anak berian Hamba Allah kepadanya. Namun kasih sayang yang dicurahkan hanya sekejap sahaja apabila anak keduanya, Rizkie Azharin Azhar dimasukkan ke hospital disebabkan penyankit kritikal yang dihadapi si kecil ini. Peritnya hati seorang ibu apabila melihat anak terpaksa menghadapi ujian sebesar ini. 

 

 

 

 

 

 

“Assalamualaikum. Terima kasih di atas doa dan ucapan dari semua yang mengucapkan Nina selamat hari lahir. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah Taala. Hadiah terbesar yang Allah Taala berikan buat Nina di usia 32 tahun ini, seorang bidadara yang lahir pada 5 Mac 17, Rizkie Azharin Azhar namanya. Anak kedua Nina berian Hamba Allah yang dihantar amanahnya buat Nina di muka bumi ini. Doakan kesejahteraan kami anak beranak bertiga. I love you both son..."

 

#kingRahmat#kingRizkie #juaragv32016 #azharinaazharaddiction #thismylifestyle #azharinajetsetter #azharinaangels

 

Bersempena ulang tahun Azharina baru-baru ini, dia telah memuat naik gambar bersama anak-anaknya. Pastinya ramai yang tertanya-tanya bayi siapakah yang didukung Azharina itu? Bayi tersebut adalah anak angkatnya, dan dia telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mendidik si kecil ini seperti anaknya sendiri sehingga menjadi insan yang berguna satu hari nanti.

 

 

 

 

 

Al-Fatihah buat si kecil Rizkie Azharin Azhar. Semoga Azharina segera sembuh daripada kesedihan ini.

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.