Apr 24, 2017 - 13773

Fenomena #Lofattah Landa Anugerah MeleTOP Era 2017 — Peminat Histeria Mahu FATTAH dan NEELOFA Bersatu Kembali!

Berakhirnya Anugerah MeleTOP Era 2017 meninggalkan memori paling manis buat pencinta Ejaz dan Wardah!

 

 

 

 

 

 

ACARA hiburan kesukaan ramai, Anugerah MeleTOP Era 2017 telah pun selesai malam tadi, menyaksikan pasangan paling tular dari drama Suri Hati Mr. Pilot — Neelofa dan Fattah Amin — membawa pulang trofi utama Artis Top Top MeleTOP.

 

Kedua-dua selebriti sama cantik sama padan ini masing-masing membawa pulang wang tunai sejumlah RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro. Pemenang bagi setiap kategori pula memenangi wang tunai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.

 

Paling menarik, Anugerah MeleTOP Era 2017 menyaksikan penguasaan Fattah Amin apabila dia berjaya mengungguli tiga kategori iaitu Bintang Online MeleTOP, Pelakon Popular MeleTOP dan Fesyen MeleTOP. Bukan itu sahaja, drama Suri Hari Mr. Pilot yang dibintangi Fattah dan Neelofa turut diangkat sebagai pemenang Kategori Drama MeleTOP. Tidak salah jika dikatakan AME2017 adalah milik Fattah Amin.

 

Namun yang paling luar biasa malam tadi adalah respon dan reaksi peminat-peminat di Satdium Malawati Shah Alam yang seakan histeria dengan 'penyatuan semula' pasangan kekasih Ejaz dan Wardah!   

 

 

[VIDEO] PEMINAT RAYU EJAZ DAN WARDAH BERSATU KEMBALI!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut adalah senarai penuh para pemenang Anugerah MeleTOP Era 2017:

 

Artis Baharu MeleTOP

Khai Bahar

 

Bintang Online MeleTOP

Fattah Amin

 

Drama MeleTOP

Suri Hati Mr. Pilot

 

Pelakon TV MeleTOP

Fattah Amin

 

Program MeleTOP

Taste Selebriti Ep.11 (Episod Neelofa)

 

Si Cilik MeleTOP

Yusuf Iskandar

 

Hos MeleTOP

Neelofa

 

Lagu MeleTOP

Pencuri Hati – Ayda Jebat

 

Fesyen MeleTOP

Fattah Amin

 

Penyanyi MeleTOP

Siti Nordiana

 

Grup/Duo MeleTOP

Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir

 

Artis Lawak MeleTOP

Johan

 

Program Radio MeleTOP

Johara Pagi Era

 

Penyampai Radio MeleTOP

Johan

 

Couple MeleTOP

Akim Ahmad dan Stacy

 

Filem MeleTOP

Munafik

 

Bintang Filem MeleTOP

Fasha Sandha

 

Top Top MeleTOP

Lelaki:  Fattah Amin

Wanita: Neelofa

 

 

Kami Bawakan 25 Lagi Momen Eksklusif Anugerah MeleTOP Era 2017 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.