Apr 04, 2016 - 30

[GEMPAR!] Julung kali Selena Gomez Bakal Mengadakan Konsert Di Kuala Lumpur

Kini penyanyi muda Selena Gomez bersiap sedia untuk mengadakan konsert pertamanya di Malaysia pada...

 Selena.jpg

Penantian sekian lama kini berakhir! Sejak pembatalan konsert “Stars Dance Tour’ di Asia tahun lalu, kini penyanyi muda Selena Gomez bersiap sedia bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia. Konsert ini adalah sebahagian konsert jelajahnya di seluruh Asia Tenggara. Konsert ini akan berlangsung pada 25 Julai 2016. Tiket konsert mula dijual pada 11 April (Isnin), pada jam 10 pagi. Anda boleh membeli tiket secara talian melalui PR Worldwide atau di Rock Corner Ourlets di Gardens MidValley, The Curve, dan di Subang Parade. 

Selain itu anda, juga berpeluang memenangi tiket secara percuma melalui peraduan yang dianjurkan oleh Cornetto’s. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook PR Worldwide dan Facebook Cornetto’s. 

Selena Gomez’s “ The revival Tour : Live In Malaysia”
Tarikh : 25 Julai 2016 ( Sabtu)
Masa : 8.30pm
Tempat : Melawati Indoor Arena, Shah Alam
Tiket : RM285 ke atas

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  selenagomez