Jul 29, 2016 - 44

#iKONCERT : Kumpulan K-pop Idol dari Korea Selatan Bakal Gegar Stadium Merdeka Ogos Ini!

Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, iKON bakal gegarkan Stadium Merdeka 13 Ogos ini. Pastinya buat peminat iKON tidak sabar akan kedatangan mereka. Ini adalah konsert pertama mereka di Malaysia.

Oleh: Athirah Zulkifli
nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my
 

Foto : iKON Facebook Page 


Ogos ini, Stadium Merdeka bakal digegarkan dengan konsert kumpulan K-Pop, iKON dari Korea Selatan dibawah naguan label, YG Entertainment’s. Buat kali pertama mereka akan mengadakan konnsert iKONCERT 2016 Showtime Tour in Asia di Malaysia. 

Ini bukanlah kali pertama kumpulan iKON membuat konsert berskala besar. Oktober tahun lepas, mereka telah persembahan debut “Showtime” di Seoul Olympic Gymnastics Arena. Pada Oktober 2014, iKON’s diumumkan bakal melancarkan debut mereka secara rasmi pada Januari 2015. Tetapi, rancangan itu tertunda kerana kumpulan ini memberi laluan kepada senior mereka iaitu, kumpulan BIGBANG. 




Setelah selesai mempromosi album BIGBANG, YG Entertainment CEO Yang Hyun Suk secara rasmi melancarkan teaser debut iKON’s. iKON’s lancarkan dua trak lagu iaitu “Rhythm Ta” (리듬 타) and “Airplane“, dari album pertama “Welcome Back”. Selain itu, iKON’s akan mengadakan iKONCERT di bebrapa negara antranya China, Thailand, Singapore, Indonesia, dan Malaysia. Kumpulan iKON’s terdiri daripada 7 anak muda iaitu B.I, Bobby, Kim Jinhwan, Koo Junhoe, Song Yunhyeong, Kim Donghyuk, dan Jung Chanwoo.



Makalumat mengenai Konsert iKONCERT 2016 Showtime Tour in Asia di Malaysia: 
Tarikh: 13th August 2016
Masa: 7:30pm 
Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
 


 

iKONCERT 2016 Showtime Tour in Asia dibawakan khas oleh IME Productions. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert layari laman web rasmi iKON dan Facebook Page iKON

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.