Jun 07, 2017 - 1342

“Syahid, Ayah Rindu Nak Baca Quran Dengan Kamu, Nak” — Catatan Pilu BAZLI UNIC Buat Arwah Anaknya

Setelah berjuang melawan Kanser Limfoma, anak kecil bernama Syahid akhirnya tertidur tenang dalam dakapan Allah SWT. Al-Fatihah.

 

 

 

Oleh: Rosie Haslinda Nasir 

 

 

 

 

 

 

 

Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Sumber video: Instagram @bazliunic

 

 

 

SYURGA hati Bazli, ahli kumpulan nasyid UNIC yang baru-baru ini diangkat sebagai juara Gema Gegar Vaganza musim pertama, akhirnya menutup mata dan terlelap dalam tidur yang paling nyenyak setelah bertarung sehabis daya melawan Kanser Limfoma yang dideritainya.

 

 

Sumber foto: Instagram @bazliunic

 

 

 

 

Menurut Bazli UNIC, Syahid sedang menjalani rawatan kemoterapi kali ke-4 dan jelas sekali keadaan fizikalnya amat terjejas selepas itu.         

 

InTrend rangkumkan kembali kronologi peristiwa pemergian Allahyarham adik Syahid yang sempat dicatat oleh ayahandanya. 

 

16 Mei 2017

Malam ni alhamdulillah Ayah tak ada apa-apa program. Ayah jaga Syahid pulak okey? Syahid dah tidur. Dia lemah sangat hari ini. Banyak tidur saja. Hari ini banyak kali cirit-birit. Tak lalu makan dah masuk tiga hari. Bacaan doktor menunjukkan garam kurang dalam badan dan bacaan antibodi Syahid 0.05. Ini efek daripada kemoterapi pusingan ke-4.


Insya-Allah… Mudah-mudahan beberapa hari lagi Syahid sihat kembali. Ayah usap badan Syahid, panas sangat. Kemoterapi sedang bertindak dalam badan.

 

Ayah bagi Syahid minum dan lap badan Syahid dengan air zam zam. Moga sel kanser terus mati daripada badan Syahid. 

 

 

Sumber foto: Instagram @bazliunic

 

 

 

21 Mei 2017

Demi cinta, kerana cinta, untuk cinta. Kerana kau yang tercinta.. Ayah pergi berjuang dulu, nak. Ayah akan buat yang terbaik untuk Syahid malam ini. Ayah nak buktikan Ayah juga pejuang gagah macam Syahid.

 

Sedih tak dapat bawa isteri bersama memberi semangat kerana komitmen menjaga Syahid d hospital. Walaupun tiada di sisi, tetapi Asiah, kamu sentiasa dalam hati abang. Terima kasih kerana mudah berbincang memahami tugas dan kerja abang. Moga ada sinar baru untuk kita pada masa akan datang. Amin.

 

 

Sumber foto: Instagram @bazliunic

 

 

 

22 Mei 2017 

SYAHID… AYAH MENANG!!! Ayah bawa pulang kegembiraan berkongsi kejayaan. Ayah menang naakkkk! 

 

Tapi Syahidlah pemenangnya yang sebenar. Sepanjang tujuh minggu Gema Gegar Vaganza 2017, suka-duka memberikan yang terbaik untuk penonton dan peminat, mengekalkan prestasi persembahan dinamik, memerah idea mencari kelainan identiti UNIC bukanlah mudah. Dalam keadaan membahagi masa antara kerja dan hal keluarga, tambahan anak sakit di hospital, memang sangat menguji saya. Menguji emosi terutama sekali. 

 

Bila kita letih, kita akan moody dan jadi serba tak kena. Tapi saya cuba lawan dengan tenang, kawal semuanya. Letih yang teramat sebab saya berulang-alik dari dewan latihan kemudian ke hospital semula, kemudian ke show pula, selepas itu ke hospital lagi. Begitulah seadanya. Lewat malam letih tak rehat, saya terus ke hospital semula lihat perkembangan Syahid. 

 

Secara peribadi, inilah kemenangan saya mengurus emosi. Satu hari nanti, dengan izin Allah, apabila Syahid sihat, Ayah akan ceritakan kembali kisah ini kepada kau nak.

 

 

Sumber foto: Instagram @bazliunic

 

 

2 Jun 2017 

Hari ini Syahid banyak tidur. Tak ada aktiviti apa-apa. Petang tadi baca Al-Quran sikit kemudian tidur. Badan dia agak lemah hari ini. Masih lagi demam suhunya 38.1. Misi datang check badan pun dia pasrah saja. Tengok YouTube kejap kemudian tertidur. 

 

Bertabahlah, bertahanlah wahai anak. Tiub saluran di hidung itu terus masuk ke perut Syahid. Ayah masukkan madu, zam zam bersulam doa kasih sayang dalam tu… 

 

 

Sumber foto: Instagram @bazliunic

 

 

 

2 Jun 2017 

Syahid baca Al-Quran dengan Ayah. Alhamdulillah, sepanjang di wad beberapa bulan ini, Syahid dah hampir hafal keseluruhan surah Al-Mulk. Walaupun Syahid sakit tapi masih cuba untuk ralit baca Al-Quran. Proses kemoterapi ke-4 sudah tiga minggu berlalu tapi kesannya masih lagi tinggal dalam badan Syahid. 

 

Kulit Syahid kering mengelupas. Ayah sapu minyak pelembap pada badan Syahid. Punggung Syahid hampir sembuh daripada luka melepuh. 

 

Tiap kali nak kencing dan berak Syahid mesti merintih sakit. Tak sanggup ayah dengar tapi Ayah buat-buat ‘dek’ tetap hiburkan Syahid. Ayah dan Umi kena cepat salin lampin segera sebab pedih punggung luka dan kena cermat uruskan badan Syahid. 

 

Waktu basuh Syahid mesti jerit sebab pedih. 

 

Tiub hidung baru masuk semula kelmarin setelah cubaan untuk bagi Syahid makan secara natural tak berjaya. Mudah-mudahan susu, madu, buah-buahan kisar yang masuk dalam perut Syahid akan cepat cover sel-sel Syahid. 

 

Sudah lima hari Ramadan berlalu, walaupun Ayah sibuk kerja tapi masa berbuka Ayah akan gagah ke hospital berbuka bersama Syahid dan bersolat di tepi Syahid.

 

Moga berkat Ramadan ini. Syahid, lekaslah sihat nak… 

 

 

 

@syahid_bintangsyurga baca quran dgn ayah. Alhamdulillah sepanjang d wad beberapa bulan syahid dh hampir hafal keseluruhan surah Al Mulk. Walaupn syahid sakit tp masih cuba utk ralit bc Quran dgn ayah.. Dah 3minggu berlalu proses kimo ke4 tp kesannya masih lagi tinggal dalam badan syahid kulit syahid kering mengelupas, ayah sapu minyak pelembap pd badan syahid. Punggug syahid hampir sembuh dr luka melepuh. Tiap kali nak kencing dan berak syahid mesti merintih sakit. Tak sggup ayah dgr tp ayah buat2 dek ttp hiburkan syahid. Ayah umi kena cepat salin pampes segera sbb pedih puggug luka dan kena cermat uruskan badan syahid. Waktu basuh syahid mesti jerit sbb pedih. Tiub hidung br masuk semula kelmarin setelah cubaan utk bg syahid makan secara natural xbjaya. Mudahan susu, madu, buahan blend yg masuk dalam perut syahid akan cepat cover sel2 syahid. 5hari ramadhan yg blalu walaupn ayah sibuk kerja tp time buka ayah akan gagah ke hospital buka bsama syahid dan solat tepi syahid. Moga berkat ramadhan ni syahid lekas sihat naaakkk.. #bintangsyurga #cancer #hkl #pediatrik #lymphoma #kanser #limfoma

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Sumber video: Instagram @bazliunic

 

 

 

5 Jun 2017 

Anak Ayah petang ini masuk darah. Darah dalam badan kurang menyebabkan badan lemah dan pucat. Sel kanser sudah makan sel-sel darah merah. Ayah peluk Syahid, saat ayah rapatkan bibir cium pipi Syahid, Ayah dapat dengar nafas Syahid tak sekata. Jantung Syahid bergerak laju. Raut wajah Syahid berkerut-kerut dan berkeringat. Ayah tahu Syahid sedang menahan sakit. 

 

Ayah peluk Syahid perlahan-lahan sambil membisikkan surah Al-Fatihah ke telinga Syahid. Moga Syahid tenang dan bertahan.

 

 

 

Sumber foto: Instagram @bazliunic

 

 

 

 

Adik Muhammad Syahid Bazli Hazwan yang menderitai Kanser Limfoma menghembuskan nafas terakhir jam 7.20 pagi tadi di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham merupakan anak sulung Bazli hasil perkahwinan dengan Asiah Abu Bakar. Jenazah Adik Syahid telah selamat disemadikan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh selepas Zohor.

 

 

Tidurlah Adik Syahid, tidurlah bintang syurga.

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.