Aug 25, 2016 - 236

Beyonce Malaysia? Idea Fesyen Pereka Indonesia Untuk Nadira Adnan Raih Komen Netizen

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi di negara seberang Indonesia, kini Nadira Adnan bergiat memperluaskan karier di tanah airnya sendiri. Salam perkenalannya dalam dunia hiburan Malaysia menerusi konsert pertamanya, Konsert Cinta yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya.

nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my 

 

Foto: Nadira Music Management



Konsert Pertama Nadira Adnan

Nadira Adnan lebih dikenali di Indonesia terlebih dahulu, kemudia dia  muncul dengan album petamanya yang berjudul Isi Hati yang dipasarakan di Malaysia dan Indonesia. Ternyata bakatnya begitu besar dan tidak hanya bersandarkan dengan wajah semata-mata. Menerusi Konsert Cinta ini, Nadira tidak bersendiran menjayakan konsert ini malah turut menjemput barisan penyanyi tempatan seperti Joe Flizzow, Noh Sallh, Amy SearchYuna dan Al-Ghazali dari Indonesia. 


Duet bersam J
oe Flizzow- Apa Khabar 

 


Nadira turut menjemput rakan baiknya dari Indonesia, Al-Ghazali



Nadira Adnan menjadikan Yuna sebagai sumber inspirasinya dalam bidang nyanyian

 


Amy Search dan Nadira berduet lagu Fantasia Bulan Madu

 


Noh Salleh juga turut hadir memeriahkan Konsert Cinta



Antara lagu yang dipersembahkan pada konsert tersebut ialah Ini Tuh Tak Baik, Sayang, I'm In Love, Cinta Apa Macam Begini, Isi Hati, Januari Yang Terindah, Apa Khabar (duet bersama Joe Flizzow), Sang Penikam (duet bersama Noh Salleh), Fantasia Bulan Madu (duet bersama Amy Search) dan Terukir di Bintang (duet bersama Yuna). Malah Nadira juga memjemput kawan baiknya dari Indonesia, Al-Ghazali, anak kepada komposer terkenal Indonesia Ahmad Dhani mendendangkan lagu duet terbaru mereka iaitu Cinta Datang Pergi. Selain itu, penataan pentas, efek grafik serta pencahayaan harus diberikan pujian kerana tiga elemen ini mengangkat Konsert Cinta dalam kelas yang tersendiri, persis konsert antarabangsa.

 

8 Foto Fesyen Nadira Adnan di Konsert Cinta yang Buat Anda Terkejut 

Selain terpaku dengan suara Nadira, pasti ada yang mencuri tumpuan iaitu busana yang digayakan Nadira ketika menjayakan Konsert Cinta. Sebanyak 8 persalinan digayakan Nadira Adnan sepanjang dua hari konsert berlangsung. Kesemua busanan yang dipakai olehnya direka khas dari pereka fesyen Indonesia. Antaranya Hengki Kawilarang, Tri Handoko dan Rama Dauhan, tiga pereka ditugaskan menghasilkan busana yang menawan buat Nadira Adnan. 


Persalinan ini adalah rekaan dari Rama Dauhan, pereka fesyen Indonesia. 


Ini pula rekaan Hengki Kawilarang


 

 


Nadira memakai persalinan dari Tri Handoko 

 

 


Antara Komen Nitizen Tentang Konsert Cinta, Nadira Adnan: 





Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.