Jan 24, 2017 - 11803

“Saya Penyanyi, Dia Pemuzik. Di Rumah, Saya Isteri, Dia Suami. Hormat Tak Berubah” — Datuk Sheila Majid

Satu rezeki apabila bersuamikan insan yang faham selok-belok dan asam-garam dunia seni. Kepada kami, Datuk Sheila Majid menceritakannya.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

 

 

Sumber: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

 

TIADA jalan pintas mengekalkan hubungan kekeluargaan. Kesabaran menjadi kunci utama setiap tindakan sebelum kebahagiaan diraih, biarpun ia menuntut pengorbanan perasaan, kasih sayang, kudrat dan wang ringgit. Itulah yang menjadi pegangan Datuk Sheila Majid dalam melayari rumahtangga bersama suami, Hashridz Murshim Hassim atau Datuk Acis.

 

Pun begitu, penyanyi bersuara lunak ini sungguh beruntung kerana dapat berkongsi kecintaannya bersama insan tersayang yang cukup memahami – pahit, manis, pedih, perit kehidupan dalam dunia seni. Sebagai pasangan penyanyi dan pemuzik, mereka saling bekerjasama dalam menjayakan konsert mahupun penghasilan album.

 

 

Sumber foto: Instagram @missmajid 

 

 

Sumber foto: Instagram @missmajid 

 

 

“Alhamdulillah, sepanjang berkolaborasi sama suami, Kak Sheila akui memang ada kelebihan jika mendapat pasangan hidup daripada latar belakang bidang yang sama. Misalnya, sebagai penyanyi sudah tentu Kak Sheila ada peminat – lelaki juga perempuan. Mereka tidak lepaskan peluang mengambil gambar apabila jumpa Kak Sheila. Dalam hal ini, Acis mungkin lebih faham situasi sebenar apabila Kak Sheila bergambar mesra bersama peminat, dan takkan timbul rasa cemburu di hatinya sebab dia tahu itu sebahagian daripada perjalanan bergelar anak seni.” 

 

 

Sumber foto: Instagram @missmajid 

 

 

Sumber foto: Instagram @missmajid 

 

 

“Kelebihan kedua, Acis berpengetahuan dalam teori berkaitan muzik kerana dia memang mendapat pendidikan dalam bidang ini. Kak Sheila pula dianugerahkan bakat semula jadi lalu bergelar penyanyi. Acis lebih arif mengenai music arrangement, tahu fasal ‘key’, dan itulah yang banyak membantu Kak Sheila perbaiki kelemahan. Dan pabila kami bergabung pasti produk yang dihasilkan lebih bermutu. Misalnya, Kak Sheila diundang membuat show di Indonesia dan perlu menggunakan pemuzik dari sana. Dalam situasi sebegini, Kak Sheila akan 'hire' Acis sebagai pengarah muzik supaya dia dapat memberi informasi yang lebih tepat kepada kumpulan pemuzik yang akan mengiringi show Kak Sheila nanti.” 

 

“Jika Kak Sheila 'hire' Acis sebagai pengarah muzik untuk persembahan Kak Sheila, sewaktu rehearsal kami kena banyak berbincang untuk hasilkan yang terbaik. Dan selalunya Kak Sheila kena bijak memilih ayat dan menyusun kata supaya setiap teguran itu tidak akan menjatuhkan air mukanya. Walau apa pun kedudukan Kak Sheila, ketika sesi perbincangan itu (Sheila Majid jadi boss dan Acis sebagai pekerja), dia tetap suami yang perlu Kak Sheila hormati.” 

 

 

Sumber foto: Instagram @missmajid 

 

 

“Konsep Kak Sheila mudah sahaja, kalau kita tak suka orang bercakap kasar dengan kita, jadi kita pun kena buat benda yang sama – jangan cakap kasar dengan orang! Andai kata dia terlepas cakap ataupun 'mood'nya tidak baik, Kak Sheila tunggu sehingga dia cool. Kemudian, perlahan-lahan cakaplah dengan dia apa yang Kak Sheila tak suka atau terasa hati. Ya, good communication is very important in marriage. Jika berhadapan masalah, kami sama-sama berbincang untuk cari jalan penyelesaian. Dan salah seorang kenalah beralah, kalau tidak sampai bila pun masalah tidak akan selesai.”

 

“Selain itu, jikalau bersuamikan orang yang menceburkan diri dalam bidang sama, ini akan memudahkan pergaulan suami isteri itu sendiri. Jika dibawa ke majlis, Acis tidak rasa tersisih kerana kenalan kami terdiri daripada kelompok yang sama.”  

 

 

Sumber foto: Instagram @missmajid 

 

 

“Bercakap fasal duit, sebagai suami Acis kena bertanggungjawab menyara keluarga. Kak Sheila sudah tekankan perkara ini sebelum kami bernikah lagi. Justeru, Acis faham tanggungjawabnya. Malah, dia tidak pernah culas memberi elaun bulanan kepada Kak Sheila. Alhamdulillah. Duit pasar diberi setiap minggu. Begitu juga dengan duit persekolahan anak-anak.” 

 

“Hidup berumahtangga ni, kita kena banyak bersabar dan saling bertolenrasi. Apabila berselisih faham, Kak Sheila minta dia dengar sampai habis apa yang Kak Sheila nak cakap, kemudian dia boleh bagi pandangannya. Untung kerana Acis seorang suami yang mahu mendengar.  Dan kami sama-sama akan selesaikan dengan jalan terbaik – win-win situation. Juga tidak pernah lupa minta petunjuk Allah. Sebagai manusia, kita berpotensi melakukan kesilapan kerana tiada insan yang sempurna. Kadang-kadang kita pun nak melenting, betul tak?”

 

Sumber foto: Instagram @missmajid 

 

 

“Berbalik kepada Acis, he is a great father. Tugas mengendalikan anak-anak terutama persekolahan cukup serasi dengannya berbanding Kak Sheila. Hari pertama sekolah, Acis akan pastikan dia dapat hadir bagi menemani anak-anak. Kak Sheila ni lagi garang berbanding dia (ketawa). Itu yang buat anak-anak rapat dan manja dengan ayah mereka.” 

 

“Acis ni jenis yang suka dengar semua jenis muzik. Menu kegemaran? Dia suka resipi ibunda; sotong dimasak dengan asam jawa dan Gulai Udang.”

 

“Lebih sedekad menjadi isterinya, Kak Sheila mohon agar rumahtangga ini dilimpahi kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan.” 

 

 

Sumber foto: Instagram @missmajid 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.