Jul 12, 2016 - 37

Taylor Swift dan Kekasihnya, Tom Hiddleston Sudah Mula Merancang Masa Depan

Perhubungan Taylor Swift Dan Tom Hiddleston sudah ke tahap serius, apabila mereka mula merancang mengenai anak.

Meskipun baru berpisah, penyanyi terkenal Taylor Swift telah mengejutkan netizen apabila dia sudah mempunyai perancangan ingin membina keluarga bersama kekasihnya, Tom Hiddleston. Wow, nampaknya Taylor Swift betul-betul serius dalam perhubungan terbarunya ini. 


Foto : The Image Direct

Malah pasangan ini ingin mempunyai anak bersama, Taylor percaya bahawa Tom mempunyai kateria yang dicari sebagai seorang suami dan bapa penyanyang kepada anak-anaknya nanti. Menurut beberapa sumber, mereka sudah pun berbincang mengenai masa depan untuk hidup dan memiliki anak bersama. 

Antara faktor yang membuatkan Taylor jatuh cinta dengan Tom disebabkan loghat Inggeris teman lelakinya yang disifatkan sebagai seksi. Malah pasangan ini sudah pun berkenalan dengan ibu bapa masing-masing walaupun hubungan mereka masih baru. Pasti peminat mahukan perhubungan Tyalor Swift ini kekal lama daripada sebelum ini.

Dengan Calvin, ia merupakan perhubungan cinta yang paling lama Taylor iaitu selama lebih kurang 13 bulan bermula Mac tahun lalu dan berakhir Mei lepas.


 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.