Apr 09, 2019 - 28

Tiket Konsert WESTLIFE ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia Jual 13 April Ini – Peminat, Bersiap Sedia!

Berita baik buat peminat kumpulan Westlife, mereka bakal mengadakan konsert di Malaysia. Sudahkan anda bersedia!

 

 

 

 

 

 

 

 

SELEPAS hampir dua dekad, Westlife kembali menemui peminatnya di Malaysia sejak konsert terakhir mereka pada tahun 2000, East Meets Westlife Tour di Malaysia!

 MacpiePro dan Universal Music Malaysia berbangga menjadi penganjur bagi konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia.

 

Gabungan MacpiePro dan Universal Music Malaysia akan menganjurkan persembahan Westlife secara langsung di Malaysia dan kali ini persembahan mereka lebih hebat dan luar biasa!

 

Bagi anda yang membesar dengan menyanyi dan menari lagu popular Westlife seperti ‘Uptown Girl’, ‘Flying Without Wings’, ‘Swear It Again’ dan ‘If I Let You Go’, anda berpeluang menghidupkan semula kenangan yang berharga ini.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Westlife (@westlife) on

 

 

Westlife terdiri daripada empat orang ahli iaitu Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, dan Shane Filan. Album Westlife pernah menjadi album terlaris pada abad ke-21 dan kumpulan ini pada asalnya ditandatangani oleh Simon Cowell di United Kingdom dan Clive Davis di Amerika Syarikat.

 

Ternyata peminat Westlife tidak sabar menyaksikan persembahan secara langsung di jelajah terakhir mereka iaitu ‘The Twenty Tour’ apabila 400,000 keping tiket terjual dalam masa 48 jam sahaja.

 

Konsert jelajah ini bakal menyaksikan Westlife mempersembahkan lagu terbaru dan kesemua 14 lagu hits UK No.1 mereka termasuk 'Swear It Again', 'Flying Without Wings', 'You Raise Me Up' dan 'I Lay My Love On You'.

 

Lebih mengujakan, konsert ini juga bakal menjadi persembahan pertama mereka sebagai satu kumpulan sejak persembahan terakhir mereka di Croke Park, Dublin pada 23 Jun 2012.

 

Jelajah ini dinamakan ‘The Twenty Tour’ kerana Westlife meraikan kejayaan 14 buah lagu yang menduduki tempat pertama dalam carta dan 20 tahun bersama sebagai Westlife!

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Westlife (@westlife) on

 

 

 Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ Di Malaysia

Westlife akan menemui peminat mereka di Malaysia selama dua hari berturut-turut pada 8 dan 9 Ogos 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, jam 8.30 malam.

 

Berikut adalah zon dan harga tiket bagi konsert Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ di Malaysia :

  • ZON VIP - RM693
  • ZON UNGU - RM373
  • ZON MERAH - RM573
  • ZON KUNING - RM483
  • ZON HIJAU - RM273

 

 

 

intrend westlife 2

 

 

 

Jadual Jualan Tiket Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ Di Malaysia :

 

1. Tiket Pra-Jualan (13 April 2019) - 11AM, Atria Shopping Gallery

2. Jualan Tiket Online (Bermula 14 April 2019 dan seterusnya) - 12PM, Laman web rasmi MacpiePro www.macpiepro.com & aplikasi MMspot

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial MacpiePro dan Universal Music Malaysia :

 

Media sosial MacpiePro

Facebook: www.facebook.com/MacpiePro

Instagram: www.instagram.com/macpiepro

 

Media sosial Universal Music Malaysia

Facebook: www.facebook.com/UniversalMusicMY

Instagram: www.instagram.com/universalmusicmalaysia

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.