Feb 05, 2016 - 9

[TRENDING!] Foto Eksklusif Detik Bersejarah Pernikahan Stacy dan Akim Ahmad

Jom lihat foto sekitar berlangsungnya majlis pernikahan Akim ahmad dan Stacy di Hotel Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu...

 Tahniah kepada dua penyanyi muda, Akim Ahmad dan Stacy Anam atau kini dikenali dengan nama Islamnya Ummu Syaikhah; yang baru sahaja selamat diijabkabulkan dengan dua kali lafaz. Stacy dan Akim disatukan pada jam 10.15 pagi di Hotel Shangri La Tanjung Aru, di Kota Kinabalu dengan mas kahwin sebanyak RM300.
 
Mereka dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (Jais) Tuan Haji Matlin Dimin, berwalikan abang Stacy; Mohd Adam Hakimi Anam. Pada majlis pernikahan pagi tadi, Stacy kelihatan cukup anggun dalam persalinan ciptaan Raffiey Nasir dengan tatarias menawan sentuhan jurusolek Kasih Cicie. Antara tarikan utama isi dulang hantaran Akim dan Stacy adalah persalinan indah berwarna biru diraja yang turut menjadi teman majlis resepsi pada malam ini.
 
Majlis pernikahan yang dirias cantik oleh @damaleewedding diadakan secara sederhana dan tertutup, dihadiri oleh teman-teman rapat dan keluarga kedua-dua pihak. Akim, vokalis kumpulan The Majistret itu menyarungkan sebentuk cincin campuran emas putih dan kuning bertatahkan lima permata tajaan Rings and Bands ke jari manis Stacy. InTrend mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!  
 
 
Kredit Foto : Yanna Husin
IMG_0652.PNGIMG_0653.PNGIMG_0654.PNGNew-1.jpgNew-2.jpgNew-4.jpgNew-3.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.