Jan 21, 2018 - 196

Demi WANNA ONE Peminat Sanggup Tolak-Menolak — Lihat Foto Sekitar Konsert Berlangsung

Siapa tidak teruja melihat kumpulan kegemaran anda beraksi secara dekat, tetapi keselamatan perlu diutamakan dahulu. Inilah yang berlaku apabila peminat berasak-asak ketika berlangsungnya konsert WANNA ONE 1st Fan Metting in Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

 

 

TERLAU teruja peminat hampir puluhan peminat pengsan kerana tidak tahan berhimpit sesama sendiri. Sesi bertemu peminat kumpulan dari Korea Selatan, WANNA One di Stadium Negara, hampir dibatalkan kerana peminat di kawasan Rock Zone terlalu agresif.

 

Selepas kumpulan itu mendendangkan lagu Energatic dan Beautiful, peminat 11 jejaka dari Korea Selatan itu mula tolak-menolak dan ada di antara penonton yang pengsan. Malah pengawal keselamatan tidak mampu mengawal keadaan, disebabkan kejadian ini konsert terpaksa di tangguh hampir sejam.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ia tertangguh sewaktu sesi pengenalan 11 ahili Wanna One. Saat itu suasana bertukar kecoh dan mereka diminat kembali ke belakang pentas agar pihak keselamatan dapat meredakan situasi yang tegang itu.

 

Sekitar jam 9.30 malam, keadaan sudah reda dan ahli Wanna One dijumpa kembali ke pentas. Sepanjang konsert berlangsung, penonton di kawasan Rock Zone diminta duduk agar tidak berlaku kejadian tolak-menolak demi keselamatan penonton.

 

 

 

 

 

 

Pentas kembali hangat apabila Wanna One kembali menghiburkan penonton dengan lagu-lagu hits mereka antaranya Never Ever, Burn It Up, Pick Me (Nayana), Wanna Be (My Baby) dan Always.

 

 

 

 

 

WANNA ONE adalah kumpulan terbaru dari Korea Selatan yang meraih populariti mendadak di seluruh dunia. Sebaik pengumuman kumpulan itu akan berkunjung ke sini, tiket sesi bertemu peminat itu habis terjual dalam tempoh tiga minit sahaja.

 

 

FOTO SEKITAR KONSERT BERLANGSUNG: 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.