Jan 26, 2018 - 766

15 Momen Bujang YUNA Sebelum ‘Superstar’ Ini Bergelar Isteri & Jadi Ahli Keluarga Sinclair

Siapa tidak berdebar apabila hari yang dinantikan sudah tiba? Begitu juga buat bakal pengantin, penyanyi terkenal Yuna yang bakal berkahwin pada 27 Januari ini. Ayuh, kita imbas kembali momen Yuna sebelum dia bergelar isteri.

 

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

 

Kredit foto: @afnanomarphotography

 

 

 

PENYANYI terkenal, yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna bakal berkahwin dengan pasangannya, Adam Yousof Sinclair pada Ahad ini. Lokasi resepsi mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 8 malam.

 

Yuna telah mengumumkan hari bersejarah mereka melalui kad jemputan yang sudah diedarkan kepada jemputan dan media, sejak beberapa hari lalu. Pasangan ini telah mengikat pertunangan pada 5 ogos tahun lalu dan bakal meraikan tetamu di PICC pada majlis tersebut.

 

Menerusi Instagram @yunamusic, dia kini sedang sibuk membuat persiapan terakhir sebelum berlangsungnya majlis mereka. Selain itu, Yuna juga diraikan diraikan teman rapat dalam 'parti bujang' di sebuah hotel di Subang pada 13 Januari lalu. Yuna dan Adam berkenalan sejak 2013.

 

Oleh itu, InTrend bawakan momen-momen Yuna sebelum bergelar isteri kepada Adam Yousof Sinclair.

 

 

Kredit foto: @afnanomarphotography

 

 

 

Kredit foto: @afnanomarphotography

 

 

 

 

Kredit foto: @yunamusic

 

 

 

 

Kredit foto: @yunamusic

 

 

 

 

Kredit foto: @yunamusic

 

 

 

 

 

Kredit foto: @yunamusic

 

 

 

 

 

Kredit foto: @yunamusic

 

 

 

 

 

Kredit foto: @yunamusic

 

 

 

 

 

Kredit foto: @adamyousofunny

 

 

 

 

 

Kredit foto: @yunamusic

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: @yunamusic

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tips Penting Buat Bakal Pengantin:

 

TIPS 1

Pastikan isi dulang hantaran bermanfaat buat anda dan si dia. Pilih sesuatu yang trendy namun versatil. Pilih sepasang jam tangan eksklusif untuk anda dan pasangan.

 

TIPS 2

Persediaan kulit amat penting. Lakukan rawatan wajah bulanan seawal enam bulan. Hindari rawatan ekstrem seperti dermabrasion pada dua minggu terakhir persandingan.

 

TIPS 3

Minum air secukupnya kerana ia sumber penghidratan untuk kulit dan tubuh, malah bagus untuk tujuan detoks.

 

TIPS 4

Buat janji temu awal dengan pereka gaun pengantin, pembekal servis katering, khemah, pembekal bunga, penggubah pelamin, penghias kamar pengantin, juruandam, jurufoto dan juruvideo demi memastikan wish list anda tidak keciciran.

 

TIPS 5

Hindari stress! Stress mengundang masalah kulit seperti jerawat, kekusaman dan sebagainya. Tidurlah secukupnya kerana ia mengubati stress.

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.