Sep 19, 2018 - 143

Mengapa YUNA diterbangkan ke Andaman Langkawi? — Ini Sebabnya…

YUNA - Halwa telinga pertama anjuran The Andaman, A Luxury Collection Resort Langkawi.

 

 

 

Oleh: Vee Mukhtaram

 

 

Kredit foto: The Andaman, A Luxury Collection Resort Langkawi

 

 

 

The Andaman Presents: A Rainforest Acoustic Session bersama Yuna. Bintang kelahiran watan yang menambat nama dalam persada muzik antarabangsa menjadi jemputan pertama ke sesi akustika bersama hotel mewah The Andaman, A Luxury Collection Resort Langkawi.

 

Pelancaran pertama sesi persembahan bermula sama Yuna cukup sajak sama atmosfera hotel yang menenangkan dan penuh rasa privasi dan ekslusiviti.

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunset hour couldn't look any better. (Photo by guest, @kyliebuschgens) #TheAndamanLangkawi

A post shared by The Andaman Resort, Langkawi (@theandaman) on

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The ever so picturesque Datai Bay. (Photo by guest, @photographybyandez) #TheAndamanLangkawi

A post shared by The Andaman Resort, Langkawi (@theandaman) on

 

 

 

KENANGAN TERINDAH

Sejajar dengan keinginan pihak The Andaman yang mahu para pengunjungnya membawa pulang memori indah selain daripada pengalaman menginap di hotel mewah dan juga aktiviti yang tidak putus, The Andaman Presents punya visi untuk mendekatkan lagi para pengunjung sama segalanya yang bisa bikin kenangan terpahat erat.

 

"Dengan 'The Andaman Presents', kami dapat menawarkan tetamu pengalaman yang tidak akan dijangka kala pergi bercuti. Pengalaman menarik ini antaranya terdiri daripada persembahan akustik ke kelas memasak oleh chef selebriti atau membina istana pasir pantai bersama-sama"jelas Carlos Tarrero, Pengurus Besar The Andaman, Langkawi.

 

 

 

 

 

 

 

Untuk memulakan set ini, Yuna diundang dan diterbangkan khas untuk menghiburkan para tetamu hotel denga lagu-lagu hitnya. Apa yang menarik tentang The Andaman Presents ini adalah ia sebuah persembahan percuma untuk semua pengunjung hotel, asalkan kalian menginap di The Andaman, Langkawi, persembahan istimewa ini menjadi santapan semua.

 

Bertempat di lobi The Andaman yang Alfresco dan terbuka, ia dihias indah dengan bungaan segar, hiasan ratusan lilin dan replika balairong menjadi latar belakang persembahan Yuna berdurasi lebih 45 minit.

 

Dan Sebenarnya, Lullaby dan Crush menjadi pilihan Yuna. Apa yang membanggakan adalah melihat pelancong-pelancong antarabangsa turut terkumat-kamit mengikut bait-bait lirik lagu Crush. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@yunamusic menghiburkan semua di The Rainforest Acoustic Session bersama @theandaman #InTrendMalaysia

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

 

 

 

 

 

MENGAPA YUNA?

“Kerana Yuna benar-benar melambangkan rasa Malaysia dalam peta antarabangsa. Sajak dengan The Luxury Collection yang mahu mempersembahkan sebuah pengalaman unik dan tersendiri dalam setiap destinasi.

 

Rasa lokal dan perwakilan itu kuat sama Yuna dan kerana itu dia menjadi pilihan” Tambah Carlos. "Pada akhirnya, kami mahu tetamu punya pengalaman terbaik yang daripada percutian, menemui sesuatu yang baru dan membawa kenangan sepanjang hayat mereka.

 

"Persembahan pada malam itu juga sambutan yang cukup menggalakkan, setiap bilik habis ditempah dan punya tetamu yang terbang terus daripada Singapura khas untuk menikmati pengalaman unik dan melihat persembahan Yuna.

 

Kami pasti akan meneruskan lagi The Andaman Presents ini dengan kemunculan khas bintang-bintang pada masa akan datang”.

 

 

 

Kredit foto: The Andaman, A Luxury Collection Resort Langkawi

 

 

 

 

Kredit foto: The Andaman, A Luxury Collection Resort Langkawi 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.