Aug 06, 2015 - 443

[ACARA] Guardian Malaysia Sambut Hari Raya Eksklusif Untuk 100 Anak Yatim

Guardian Malaysia meneruskan muhibbah perayaan dengan mengekalkan tradisi...


GuardianMY-Rafidah-sharing-ketupat-weaving-w-the-kids-(2).JPG
Bagi meraikan Syawal, peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka Guardian Malaysia mengadakan sambutan eksklusif Aidilfitri untuk 100 kanak- kanak dari 3 buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Kelang. Petang yang penuh  kegembiraan, keraian dan makanan menyaksikan kanak-kanak tersenyum kegembiraan, manakala pelbagai aktiviti di dalam program hari ini membawa mereka mengimbau semula tradisi lama perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ketupat-Weaving-with-the-kids.JPG
Kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha, dan Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah menikmati pelbagai jenis makanan seperti sayur lodeh, rending, serunding, lemang, ketupat dan pencuci mulut tradisional seperti dodol dan wajik.

Aidilfitri Bersama Guardian adalah sebahagian dari  Tanggungjawab Sosial Korporat dalam usaha berpanjangan Guardian Malaysia memberi semula kepada komuniti di mana perniagaan ini di jalankan.
 ASSA.jpg
Untuk lebih informasi, layari www.guardian.com.my.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: