Oct 03, 2014 - 4

Aiman Hakim Reza Wajah Baru Garnier Men

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh L’Oreal Malaysia ke atas lelaki Malaysia pada 2012**, secara puratanya lelaki Malaysia mengguna kurang daripada 20 minit untuk merapikan diri dalam sehari.

Garnier-sfda.jpg
Garnier Men, jenama No.1 terlaris* dalam penjagaan kulit lelaki, ini membuktikan bahawa Garnier Men memahami keperluan penjagaan kulit lelaki Malaysia dan ia menjadikan jenama tersebut menerajui kedudukan pasaran hari ini.   
 
Ia dinyatakan oleh Christina Low, Pengarah Pemasaran Garnier Malaysia di dalam ucapannya kepada media semasa majlis jenama tersebut hari ini.
 
Menurut Low, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang Garnier Men perkenalkan dengan rangkaian penuh produk penjagaan kulit dengan formulasi khas untuk lelaki. “Garnier Men mula diperkenalkan kepada jejaka Malaysia pada 2010; dan sejak itu, kami beransur-ansur menerajui kategori penjagaan kulit lelaki dengan perkembangan yang memberangsangkan setiap tahun,” katanya.
 
Tambahnya lagi: “Populariti kami di kalangan jejaka Malaysia adalah kerana kami memahami keperluan penjagaan kulit mereka. Sejak tiga tahun lalu, kami mendalami dan menjalankan kajian ke atas lelaki Malaysia mengenai masalah yang dihadapi mereka dalam penggunaan produk penjagaan kulit serta sikap beli-belah. Penemuan kami mencetuskan perkembangan produk baharu yang memenuhi keperluan mereka dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan Garnier Men”.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh L’Oreal Malaysia ke atas lelaki Malaysia pada 2012**, secara puratanya lelaki Malaysia mengguna kurang daripada 20 minit untuk merapikan diri dalam sehari.  Secara amnya, lelaki Malaysia merapikan diri untuk tampil kemas dan berasa hebat. Kajian ini melaporkan bahawa 56% daripada lelaki menyatakan bahawa 'keyakinan' adalah motivasi mereka yang teratas; 52% merapikan diri atas sebab kebersihan; dan 39% secara amnya merapi diri untuk nampak hebat dan lebih profesional atas sebab kerja. Kebanyakan lelaki (86%) yang menggunakan produk perapian membeli produk sendiri.

Garnier-dcfad.jpg
 
Menurut Low, penemuan ini menunjukkan bahawa “jejaka hari ini tidak lagi menggunakan sabun mandi sahaja untuk membersihkan diri dari hujung rambut ke hujung kaki.  Masyarakat kita telah berubah dan menerima peranan produk penjagaan kulit dalam memastikan tahap keyakinan seorang lelaki.  Lelaki moden memahami akan kepentingan menjaga kulit dan penampilan supaya mereka tampil yakin, profesional dan rapi. Mereka semakin sedar cara-cara untuk menjaga diri dan akan memilih serta membeli produk penjagaan kulit mereka sendiri tanpa bergantung kepada pasangan mereka”.
 
Bagi penjagaan kulit, kajian mendapati bahawa isu berkaitan dengan muka, seperti jerawat dan pori-pori yang besar merupakan masalah lelaki Malaysia, di mana lapan daripada sepuluh (atau 79%) menyatakan kulit berminyak sebagai masalah utama. Oleh itu, rangkaian pembersih Garnier Men Turbolight Oil Control menjadi pembersih paling laris dalam pasaran*. "Kami mempunyai pelbagai rangkaian produk yang memenuhi keperluan pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering, kulit lesu dan banyak lagi. Rangkaian Turbolight Oil Control diperkembangkan untuk menangani masalah kulit berminyak dan masalah lain,” kata Low.
 
Kajian tersebut juga mendapati bahawa lelaki Malaysia mahukan produk yang mudah digunakan dengan pelbagai manfaat dan berbaloi. 53% daripada mereka yang menyertai kajian ini memilih produk perapian berdasarkan bilangan manfaat yang diperoleh tetapi mengetepikan produk yang dianggap mahal. Low menekankan bahawa produk Garnier Men bukan sahaja diperkembangkan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi lelaki, tetapi juga "diformulasi berdasarkan teknologi terkini Garnier yang menggunakan kuasa bahan aktif alam semula jadi untuk memberi hasil yang jelas dan terbukti pada kulit". "Ini dilakukan tanpa menjejaskan harga, yang memainkan peranan penting dalam menjadikan produk penjagaan kulit kami pada harga berpatutan buat semua lelaki di Malaysia,” kata Low.
 
“Garnier Men menyediakan pelbagai pilihan kepada lelaki moden untuk mengatasi masalah kulit mereka. Dengan pembungkusan dan warna yang menarik, lelaki tidak perlu berasa segan apabila membeli produk penjagaan kulit.  Kami juga cuba menjadikan Garnier Men mudah didapati, dengan mengedarkannya melalui pasar raya besar, pasar raya dan farmasi serta kedai runcit di seluruh negara.  Harganya yang berpatutan juga membolehkan lelaki mula mengekalkan rutin penjagaan kulit yang betul dari usia muda supaya kulit mereka kekal sihat untuk tempoh yang lebih lama,” kata Low.
 
Sewaktu menyimpulkan apa yang menyumbang kepada kejayaan Garnier Men dalam pasaran,  Low berkata: “Pengetahuan kami dalam penjagaan kulit dan perapian di kalangan lelaki Malaysia membantu kami mendapat kedudukan teratas dalam pasaran,  kami juga pasti kejayaan kami adalah hasil pengaruh duta jenama kami. Menurut kajian, lelaki di Malaysia berasa senang dikaitkan dengan jenama dan persona jenama tersebut dengan adanya perwatakan tempatan; oleh itu, kami memperkenalkan seorang lagi duta Garnier Men hari ini”. Low kemudiannya memperkenalkan Aiman Hakim Ridza sebagai duta jenama Garnier Men yang baharu.
 
Aiman Hakim mewakili jejaka Malaysia pada amnya. Aiman merupakan pelakon yang kian popular di Malaysia, mengejar impian hidupnya setiap hari. Pada usia 25 tahun, atlet yang menjadi penyanyi dan pelakon ini sentiasa mencabar diri sendiri dalam apa jua yang diceburinya. “Terpilih untuk menjadi duta baharu Garnier Men semestinya merupakan suatu pencapaian dalam kehidupan saya, saya berbangga yang saya boleh menjadi model peranan untuk semua jejaka di Malaysia.  Tiada perlunya saya segan mengaku yang saya suka produk-produk penjagaan kulit dan saya sayangi diri dengan menjaga kulit saya!” kata jejaka peramah yang mempunyai ketinggian 182sm ini.
 
“Produk kegemaran saya semestinya Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub, yang saya gunakan dua kali seminggu dan untuk kebersihan muka setiap hari, Garnier Men Turbolight Oil Control Black Foam menjadi pilihan saya! Seperti lelaki yang lain, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki yang suka akan rutin penjagaan kulit yang cepat dan berkesan! Garnier Men Turbolight Oil Control Black Foam membersihkan minyak dan kotoran pada kulit bagaikan magnet, yakni, kulit bersih dan berseri. Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub pula mempunyai kesan yang menyegarkan kulit saya – produk ini menggabungkan pelbagai kebaikan dalam satu tiub - iaitu membersih, menanggal kulit mati, mengurangkan bintik-bintik hitam, menghilangkan minyak berlebihan dan menyerikan kulit saya. Sekiranya saya perlu ke mana-mana, atau bersukan, saya selalu membawa Garnier Men TurboLight Icy Scrub bersama saya untuk menghilangkan rasa lekit dan berminyak akibat peluh,” katanya lagi.
 
Sertailah peraduan Garnier Men “Take Control & Win” dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih daripada RM20,000! Anda hanya perlu membeli mana-mana produk Garnier Men, jawab kuiz bola sepak, lengkapkan slogan tidak melebihi 20 perkataan dan sertakan bukti pembelian. Antara hadiah yang boleh dimenangi termasuklah SONY PlayStation 4, 47” SONY Bravia TV dan permainan EA FIFA 2014. Tarikh tutup peraduan adalah 30 Jun dan borang peraduan boleh didapati di semua kedai runcit seluruh negara.
 
Produk-produk penjagaan kulit Garnier Men boleh didapati di semua kedai runcit utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, ‘like’ Facebook Garnier Men di www.facebook.com/GarnierMenMalaysia.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: