Oct 22, 2015 - 11231

[BERITA CANTIK] Akan datang! Wangian daripada H&M x Balmain

Tidak habis lagi dengan keterujaan koleksi terbaru H&M x Balmain!...

  perfume-H-M-2.jpg

Tidak habis lagi dengan keterujaan koleksi terbaru H&M x Balmain! Buat julung kalinya mereka hadiahkan haruman terbaru yang direka khas bagi koleksi H&M x Balmain. Haruman ini mendapat sentuhan asal daripada pereka Olivier Rousteing. Ini adalah kerjasama pertama H&M mengeluarkan wangian dengan pereka fesyen terkenal. Bagi jenama Balmain pula, ini juga adalah kali pertama menghasilkan haruman terbaru dengan H&M, malah sebelum ini Balmain pernah mengeluarkan Ambre Girls EDP pada tahun 2009.
Wangian ini terdiri daripada bahan-bahan seperti tonka bean, white jasmine, musky cedar dan sandalwood.  Bagi yang tidak pasti akan bau wangian ini, H&M x Balmain akan memberi sample percuma setiap kali pembelian daripada koleksi H&M x Balmain. Haruman ini mula dipasarkan  pada 3 Disember diseluruh store H&M.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.