Jun 18, 2015 - 3

Produk Penjagaan Kulit Physiogel Lancar Pembungkusan Baru

Physiogel®, hari ini melancarkan, pembungkusan baru lebih segar bersama kempen inspirasi dipanggil Free-in-my-skin...

04.jpg
Jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli dermatologi terkemuka, Physiogel®, hari ini melancarkan, pembungkusan baru lebih segar bersama kempen inspirasi dipanggil Free-in-my-skin bagi membolehkan dan memperkasa kalangan wanita dalam mencari penyelesaian yang tepat untuk membebaskan mereka daripada kulit kering dan sensitif.

Kempen ini tercetus atas kesedaran susulan kajian penjagaan kulit GlaxoSmithKline (GSK) Asiawide baru-baru ini yang cuba menyelami kebimbangan penjagaan kulit kering dan sensitif yang dialami oleh wanita Asia. Para penyelidik mendapati bahawa kulit kering dan sensitif memberi kesan kepada 1 dalam 2 wanita di Asia dan memberikan kesan kepada seluruh kualiti hidup wanita yang bergelut dengan kekurangan keyakinan diri untuk menikmati kehidupan yang sebenar.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: