Jun 20, 2016 - 13

[BERITA CANTIK] Ariana Grande Berkolaborasi Kali Kedua Untuk Koleksi Viva Glam, M.A.C

Bintang Pop, Ariana Grande kembali dengan kempen terbaru bagi koleksi Viva Glam, M.A.C...

Teks: Athirah Zulkifli
Instagram: @tyranooy
MAC-Viva-Glam-Ariana-Grande-2-3.jpg
Foto dari M.A.C.

Bintang Pop, Ariana Grande kembali dengan kempen terbaru bagi koleksi Viva Glam, M.A.C. Bagi koleksi terbaru Viva Glam ini, hadir dengan dua koleksi gincu iaitu Orchid Pink Lipstick dan Mauve Lipglass. Dalam kempen  ini, Ariana bergaya cantik dengan pakaian berwarna merah jambu dari kepala hingga kaki. Malah gambar kempen ini, menampakkan Ariana berada di dalam sebuah rumah boneka.  

Selain itu, hasil penjualan Viva Glam ini akan didermakan kepada yayasan Tabung Aids M.A.C, yang menyokong program dan organisasi yang bekerja dengan orang yang menghidapai HIV/AIDS. Koleksi ini dijangka dilancarkan di semua outlet M.A.C pada September ini. Nantikan tarikh sebenar koleksi ini tiba di Malaysia.  
Ariana-VivaGlam-2a.jpg

Foto dari M.A.C.
 

 

#Regram from our #VIVAGLAM girl @arianagrande, announcing two new shades, launching in September!

A photo posted by M∙A∙C Cosmetics (@maccosmetics) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  vivaglam