Dec 04, 2014 - 566

Cerita Selebriti Bekas Pramugari

Di kerajaan langit, mereka berbakti. Risiko dan takdir bukan pilihan.


picture-safda.jpg

 

EMPAT selebriti jelita pernah bertugas di langit tinggi sebagai pramugari. Setiap daripada mereka mempunya kenangan dan momen masing-masing.
 

"Momen indah bersama MAS sudah pasti dapat peluang untuk kembara ke mana jua. Banyak pengetahuan yang saya dapat sepanjang lima tahun  terbang bersama MAS. Waktu latihan dulu banyak ilmu yang saya belajar. Contohnya macam mana nak hidangkan makanan semasa penerbangan dan pelbagai etika yang berguna kalau kita praktikkan dalam kehidupan seharian. Waktu terbang dulu rasa macam kami adalah duta kecil Malaysia dan of course dapat sarung kebaya biru tu satu kebanggaan bagi saya.” 

Amy Mastura
1989 – 1994

 
“I can still smell the galley! Saya boleh ingat lagi seat, meal cart... oh, how I missed it so much! Momen indah bersama MAS terlalu banyak kalau nak disenaraikan. Paling meninggalkan kesan adalah dilantik sebagai wajah MAS. Saya akan ikut ke mana jua acara-acara rasmi MAS, sama ada di dalam dan di luar negara. Dan cara saya mengabadikan kenangan dengan MAS, sampai sekarang saya masih ada jiwa sebagai kabin kru walaupun dah lama tinggalkan kebaya biru itu.”

Fouziah Ghous
2002 – 2007

 
“Saya sanggup tak sambung belajar semata-mata nak tengok dunia. Tapi lebih daripada itu, pengalaman sepanjang lima tahun dengan MAS banyak yang saya belajar. Bertemu dan berkenalan dengan orang yang berlainan latar belakang pengalaman itu saya percaya, sebahagian besarnya saya takkan dapat walaupun belajar di universiti. Belajar kenal budaya, akhlak, budi bahasa yang mana setiap satu satu negara itu ada baik dan buruknya. Waktu saya menyertai MAS baru berusia 19 tahun dan selepas tamat kontrak saya beralih ke dunia lakonan pula. Pengalaman bekerja dengan MAS itu sebenarnya banyak membantu mematangkan fikiran saya dalam industri seni. Dan di sinilah saya kenal erti cinta “cinta”. Kenangan selebihnya Allah sahaja yang tahu pahit manis terbang bersama MAS..."

Siti Shahrizah
1991 – 1992

 
"Best moment dengan MAS sudah tentu pabila saya dapat sijil kerana berkhidmat dengan MAS. Dan paling manis juga dapat merasai pengalaman bertugas untuk penerbangan antarabangsa, antaranya ke Frankfrut, Jerman. Harapan saya sebagai bekas kru kabin MAS agar MAS akan ulangi pencapaian sebagai one of the best airlines in the world. Pada saya, kenangan tetap kenangan dan sekiranya ada peluang mengikut suami bertugas ke destinasi yang pernah saya bertugas, itulah cara saya abadikan kenangan indah bersama MAS..."

Ziana Zian 
1990 – 1992

 

BACA DI SINI: Bagaimana Balu Anak Kapal MH370 yang Hilang Meneruskan Kehidupannya dan Meyakinkan Anak, "Papa Sudah Naik ke Langit..."




 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  selebriti