Nov 13, 2017 - 195

Ramai Tidak Tahu Daun PETAI CINA Menghaluskan Kulit? — Ini Rahsia Petua Asli Mencantikkan Wajah, Mesti Cuba!

Inginkan kulit yang cantik, kamu sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit. Namun tahukah kamu ‘kuasa’ dan manfaat bahan semula jadi berupaya ampuhkan kecantikan kulit tubuh dan wajah?

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

Kredit foto: Getty Images 

 

 

 

KULIT yang cerah, lembut, halus dan gebu pastinya jadi idaman setiap wanita. Bukan saja wanita, tetapi kaum Adam juga mengagumi kecantikan Hawa jika kamu penuhi kriteria kecantikan kulit yang digambarkan. Tetapi jika kulit wajah sudah cantik, gebu dan lembut bak porselin, kulit tubuh pula bagaimana?

 

Kedua- duanya sama penting dalam melestarikan kecantikan secara menyeluruh. Ikuti kompilasi tips mudah dan petua kecantikan mengikut jenis kulit yang harus kamu praktikkan untuk miliki kecantikan kulit yang sebenar. Selamat mencuba!

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

Buah Keras & Minyak Zaitun Haluskan Kulit

Tumbuk buah keras dan campurkan bersama minyak zaitun. Kemudian, gosokkan campuran bahan tadi ke seluruh badan seperti skrub. Insya-Allah kulit akan menjadi halus sekali gus menanggalkan daki serta sel kulit mati daripada badan.

 

 

 

Pisang Cantikkan Kulit Wajah

Kupas pisang masak dan ambil seperempat bahagian daripadanya. Kemudian lumatkan lalu sapu pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dibersihkan dengan air suam diikuti dengan air sejuk atau ais. Keringkan wajah dengan tuala yang lembut.

 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

Daun Petai Cina Haluskan Kulit

Ambil lima hingga enam helai daun petai cina. Kemudian ramas sehingga keluar airnya lalu gosokkan pada seluruh badan ketika mandi. Biarkan selama seminit dan bersihkan dengan air. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu. Jika badan terasa gatal, jangan teruskan ritual ini kerana ini bermakna ia tidak sesuai dengan jenis kulit kamu.

 

 

 

Air Kelapa & Santan Lembutkan Kulit Tubuh

Parut dua biji kelapa dan tuangkan airnya ke dalam bekas mandi. Berendamlah selama 15 minit dan gosokkan tubuh dengan santan bersama hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk memperolehi kulit tubuh yang lembut.

 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

Atasi Masalah Kulit dengan Cara Ini:

 

KULIT KERING

Campurkan satu camca makan jus kiwi dengan satu camca makan minyak zaitun bersama sebiji kuning telur. Adun sehingga sebati dan sapukan ke seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit dan bersihkan dengan span.

MANFAAT UNTUKMU: Melancarkan peredaran darah, melicinkan malah bagus untuk menenangkan kesan sunburn.

 

 

 

KULIT KOMBINASI

Hancurkan sebiji kiwi dan campurkan dengan dua camca makan yogurt asli, satu camca makan perahan lemon, satu camca makan minyak almond dan satu cawan lobak merah yang telah dihancurkan. Kacau sehingga menjadi adunan. Kemudian, sapukan pada wajah dan biarkan sampai kering. Selepas itu bersihkan dengan air sejuk.

MANFAAT UNTUKMU: Nutrien yang terkandung di dalam buah kiwi, lemon, yogurt dan lobak merah membuatkan kulit terasa lebih segar dan bermaya.

 

 

 

KULIT BERMINYAK

Campurkan 1/2 biji kiwi, 15ml yogurt asli, 5ml susu, 5ml madu, 5ml oatmeal halus, dan setitis minyak pati lavender di dalam pengisar makanan. Kisarkan campuran bahan-bahan tadi sehingga menjadi lembut dan cair. Kemudian, sapukan pada wajah dengan kapas. Urutlah dengan lembut, bilas dan sudahi dengan sapuan pelembap dan penyegar menggunakan kapas bersih.

MANFAAT UNTUKMU: Mendinginkan dan membersihkan kulit.

 

 

 

Kredit foto: Google 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.