Jun 27, 2016 - 62

Kemunculan Pengilat Bibir Lut Sinar... Anda Pasti Hairan Bagaimana Ada Bunga di Dalamnya?

Baru-baru ini, jenama China tampil dengan produk solekan yang pastinya menjadi tarikan ramai. Apakah produk itu?

Teks: Nurul Athirah Zulkifli 
Instagram: @tyranooy 

Produk ini adalah hasil ciptaan eksklusif bagi sebuah jenama solekan Kailijumei dari China. Apa yang menarik dengan produk ini adalah gincu jeli yang boleh memperlihatkan motif bunga dalam gincu ini. 


Kredit Foto: @Kailijumei


Gincu jeli ini mempunyai konsistensi lut sinar manakalah sapuan warnanya yang dihasilkan pada bibir bergantung kepada suhu dan pH bibir si pemakai. 

Kredit Foto: @Kailijumei

Malah gincu istimewa ini laris dijual sehingga kehabisan stok di kedai atas talian Kailijumei. Gincu ini dijual dari harga $30. Bagi yang mahu memilki gincu ini boleh membuat pra-tempahan bagi rona pilihan seperti Flame Red, Minutemaid dan Pink Barbie Power. Nampaknya gincu jeli @kailijumei ini sudah menjadi trending sehingga ia menjadi item solekan yang mesti dimiliki tahun ini. Bagaimana dengan anda? Tidakkah anda teringin memiliki satu?

 

 

Kailijumei.tictail.com

A photo posted by Kailijumei Cosmetics (@kailijumei) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.