May 23, 2017 - 19437

Teknik Cubit Kulit Ini Pelik TAPI Sangat MUJARAB Untuk Mudakan Kulit! Anda KENA Cuba Baru Percaya

Kulit lembut bagai rangkulan sutera paling asyik, gebu bagai didakap baldu. Mustahilkah kita memilikinya? Ikuti tujuh langkah penjagaan kulit paling mujarab. Kami ada tips terhebat untuk semua peringkat usia.

 

 

 

 

 

Kredit foto: Ihsan LancÔme 

 

 

 

 

 

WANITA hari ini mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dahulu. Dalam mendandani diri, wanita kini ada lebih banyak pilihan produk daripada yang murah hinggalah yang berjenama. 

 

Terima kasih kepada kemajuan teknologi moden, kajian sains dalam penjagaan kulit hari ini membantu wanita menangani keadaan kulit yang kurang memuaskan, melawan penuaan dan menghalang cela kulit. Walau sekecil mana pencetusnya, ia mampu dikenal pasti dan diatasi mengikut tabiat gaya hidup dan peredaran masa. 

 

Bagi wanita yang masih muda, penjagaan kulit hari ini umpama satu pelaburan demi memastikan wajah muda remaja kekal lebih lama. Sekiranya penjagaan kulit merupakan satu pelaburan untuk masa depan, bagaimanakah kita mendapat yang terbaik daripadanya? Ibarat seorang pengurus pelaburan yang seharusnya memaksimakan pulangan kewangan, bagaimanakah pula kami mencungkil yang terbaik daripada penjagaan kulit berteknologi? 

 

 

 

Berikut merupakan tujuh langkah yang harus dipraktik setiap wanita yang inginkan kulit cantik dan mulus: 

 

Langkah 1 Membasuh tangan terlebih dahulu untuk memastikan ia bersih. 

Langkah 2 Membersihkan muka dengan menggunakan produk penanggal solekan termasuklah di sekitar mata dan bibir.

Langkah 3 Menyegarkan muka dengan air penyegar kosmetik. 

Langkah 4 Penjagaan mata.

Langkah 5 Aplikasi serum.

Langkah 6 Emulsi dan krim.

Langkah 7 Memakai produk perlindungan UV untuk leher dan muka. 

 

 

 

 

Kredit foto: Ihsan LancÔme 

 

 

 

 

 

Tanda Penuaan Kulit Berdasarkan Usia 

Semakin meningkat usia, proses pembaharuan sel pun makin perlahan, bahkan turun 30-50 peratus apabila seseorang mencecah usia 30-70 tahun. Tanda penuaan kulit pada setiap peringkat umur adalah berbeza. Untuk wanita Asia, tanda-tanda penuaan kulit yang lazim dapat dilihat seperti berikut: 

 

  • Usia 18 - Kulit berminyak dan wajah tidak halus sekata.
  • Usia 28 - Pigmentasi mula timbul, kelihatan perubahan kulit di sekitar dagu (lazimnya smile lines muncul lebih nyata).
  • Usia 38 - Menampakkan kesan kerutan antara mata, kantung mata makin jelas malah kelihatan sembab dan muncul spot pada wajah.
  • Usia 48 - Kerut makin nyata pada kulit sekitar bahagian atas bibir, makin banyak lipatan ataupun garisan di sekitar hidung, dagu berkerut, bahagian bawah wajah mengendur dan spot semakin gelap dan membesar.
  • Usia 58 - Bahagian bawah wajah semakin mengendur, bahagian atas mata semakin tampak tenat dan kelihatan perubahan tekstur pada leher dan dagu.
  • Usia 68 - Penuaan ke tahap lebih lanjut, evolusi berjalan perlahan di bahagian mata, pada bahagian bawah wajah, tanda-tanda penuaan kulit wajah sangat jelas dan gangguan pigmentasi mulai berhenti. 

 

 

 

 

 

Tips Untuk Wanita 20-an 

 

 

 

 

 

Kulit muda bagi wanita dalam usia 20-an perlu lebih lembut dibelai kerana permukaan kulit lebih rapuh dan sensitif. Mereka seharusnya mengusap krim wajah bermula dari bahagian atas, kemudian ke bawah menghala bahagian pipi dan dahi.

 

KELEBIHANNYA: Kaedah ini dapat membantu membuang sel-sel kulit mati (mengurangkan pigmentasi kulit) dan menggalakkan sistem perlindungan kulit melalui otot-otot muka. Kamu hanya perlu dua minit sahaja. 

 

 

 

 

 

 

Tips Untuk Wanita 30-an 

 

 

 

 

 

 

Bagi wanita berusia 30-an pula, mereka perlu fokus terhadap teknik mencubit kulit yang lebih sesuai untuk umur mereka. TEKNIKNYA: Anda perlu mencubit mengikut kontur muka dilakukan untuk menghangatkan kulit sebelum menggunakan sebarang produk penjagaan kulit.

 

Cubit kulit menggunakan hujung jari dengan erat, bermula dari dagu dan bergerak sepanjang garisan rahang, kemudiannya beralih berhampiran hidung dan turun semula ke bahagian tengah dagu.

 

Ulangi teknik cubitan ini sebanyak empat kali dengan setiap kali cubitan bergerak ke arah luar pipi. Sudahi langkah ini dengan mencubit kulit sepanjang garisan antara kedua-dua kening. 

 

 

 

 

 

 

Tips Untuk Wanita 40-an  

 

 

 

 

 

Wanita yang berusia 40-an boleh menyerikan wajah mereka dan menggalakkan pengaliran limfa. CARANYA: Tekan kulit wajah menggunakan buku jari lalu tolaklah kulit muka ke atas secara lembut.

 

Mulakan daripada bahagian tengah muka lalu keluar secara mendatar selepas kamu mengaplikasi produk penjagaan kulit. Okey, dengan berpandukan tujuh langkah penjagaan kulit ini, kamu pasti mendapat hasil lebih baik daripada penggunaan produk jagaan kulit kamu. Syaratnya, pastikan kamu tahu langkah-langkah serta teknik aplikasi yang betul. Selamat mencuba! 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.