May 29, 2017 - 852

Masker Tomato, Timun, Pisang dan Nanas Ini Boleh JIMATKAN Kos Cantik Anda Dari RM500 Jadi RM5

Masker Pisang, Mayonis, Timun dan Nanas Ini Boleh JIMATKAN Kos Cantik Anda Dari RM500 Jadi RM5, Wow!

 

 

Oleh: Nurul Huda Hussain

 

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

 

WANITA dan kecantikan umpama sahabat baik yang tidak mampu dipisahkan. Dan untuk cantik, pelbagai cara yang pernah kamu cuba bukan? Ayuh kami bawakan sumber paling asli dan murah untuk menjimatkan kos kecantikan anda.

 

 

MASKER MAYONIS

Cara-cara Menyediakan Masker Mayonis:

Sediakan mayonis dalam sebuah bekas kemudian sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan selama 20 minit selepas itu bersihkan dengan air sejuk. Lakukannya seminggu sekali untuk memiliki kulit wajah yang halus lagi lembut. Cubalah!

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

MASKER MADU

Panduan Menyediakan Masker Madu:

Rasanya yang manis dan terkenal dengan khasiat dalam kesihatan, penggunaan madu juga mempunyai manfaat untuk kecantikan. Jika kamu inginkan kulit wajah dan leher lebih gebu cuba ini. Sapukan madu pada seluruh wajah dan leher. Kemudian, biarkan selama 15 minit sehingga ia kering. Selepas itu, basuh bersih wajah kamu dengan air suam. Insya-Allah kulit wajah lebih lembut, gebu lagi halus. 

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

MASKER PISANG

Langkah Demi Langkah Menyediakan Masker Pisang:

Lenyekkan sebiji pisang yang sudah cukup ranum. Kemudian tambahkan sedikit madu lalu oleskan ke seluruh wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu bilas dengan air suam dan segarkan kemudian dengan air sejuk. Lakukan secara teratur dan hasilnya kulit kamu kelihatan lebih halus dan bersih. Dalam masa sama, masker ini berupaya mengatasi kedutan pada wajah. Selain berfungsi melembutkan kulit wajah, masker ini berupaya merawat rambut agar lebih sihat. 

 

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

MASKER TIMUN 

Cara-cara Menyediakan Masker Timun

Ambil ½ biji timun, 1 sudu teh perahan lemon dan 1 sudu teh air perahan daun pudina. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar lalu kisar sehingga halus. Selepas itu masukkan ke dalam bekas bertutup kecil dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian, keluarkan bekas tersebut dan sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit lalu bilas dengan air suam terlebih dahulu diikuti dengan air sejuk.

 

Gunakan masker ini secara teratur sekali seminggu kerana ia berupaya menghilangkan kotoran pada wajah.

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

MASKER TOMATO 

Cara-cara Menyediakan Masker Tomato:

Masker ini amat baik untuk kamu yang memiliki kulit berminyak. Caranya, hancurkan sebiji buah tomato lalu sapukan pada wajah. Biarkan ia kering selama 15 minit lalu bilas dengan air suam.

 

 

 

Masker Nanas

Cara-cara Menyediakan Masker Nanas:

Campurkan jus nanas dengan air santan secukupnya ke dalam mangkuk kecil. Kemudian kacau sehingga sebati. Setelah itu, sapukan pada wajah menggunakan kapas. Biarkan selama 20 minit sehingga ia kering. Bilas bersih wajah kamu dengan air dan keringkan dengan tuala. Khasiat buah nanas bermanfaat untuk memelihara kecantikan kulit agar lebih halus dan kelihatan lebih cerah.

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

MASKER KENTANG 

Panduan Menyediakan Masker Kentang: 

Kurang tidur dan lingkaran hitam bawah mata mulai kelihatan? Cuba petua ini. Ambil sebiji kentang, kupas lalu bersihkan dengan air. Parut kentang dan letakkkan hasil parutan dalam kain kasa. Ikat kain kasa membentuk seperti bunjut dengan ukuran yang sesuai untuk diletakkan pada bahagian bawah mata. 

 

Letakkan kain pada bahagian lingkaran hitam tersebut dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Elakkan rembesan air kentang mengenai mata. Insya-Allah jika dilakukan secara konsisten, lingkaran hitam bawah mata akan beransur hilang.  

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.