Apr 09, 2017 - 4272

Orang Suka Usap Hidung Kuat Waspada, Patahkan Jari Kurang Yakin — Ini RAHSIA JARI dan Jari Cincin Anda

Ada maksudnya kalau anda suka mematah-matahkan jari-jemari anda? Apa pula maknanya kalau anda suka menggigit kuku?

 

 

 

 

 

SETIAP perlakuan manusia yang terzahir secara fizikal, sebenarnya membawa maksud dan pengertiannya yang tersendiri. Kami bawakan kepada anda, apakah rahsia yang terkandung di sebalik perlakuan-perlakuan tersebut. Juga tentang maksud yang tersembunyi di sebalik pilihan jari yang anda tentukan untuk dihias dengan sebentuk cincin. 

 

 

 

APA MAKNANYA KALAU…

Anda Suka Mematahkan Jemari Tangan?

Mungkin anda merasakan jemari anda lenguh dan cara terbaik melegakan jemari lesu anda ialah dengan mematahkannya. Tetapi itu hanya secara praktikalnya, hakikatnya anda adalah seorang yang kurang keyakinan untuk berbicara dengan orang lain. Walau bagaimanapun hati mulia anda suka menolong sesiapa sahaja yang ditimpa masalah. Sememangnya anda adalah seorang yang berhati baik. 

TIPS MERIAS KUKU: 

Tidak salah sekiranya anda merias kuku dengan penyambung kuku (extension) bagi menampakkan kuku lebih menawan dengan campuran pelbagai warna.

 

 

 

 

APA MAKNANYA KALAU…

Anda Suka Menggigit Kuku?

Sememangnya terdapat golongan wanita yang suka menggigit kuku baik ketika berborak mahupun ketika duduk diam menonton televisyen. Sebenarnya tindakan luar kawal ini berlaku adalah untuk mengatasi masalah gugup dan gementar ketika berbicara atau berhadapan dengan orang ramai. Seorang yang sangat berahsia dan agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati dan mereka ini juga seorang yang suka berkhayal serta berimaginasi tinggi. Sikap keras kepala yang menguasai diri mereka membuatkan mereka sukar diperdayakan. 

TIPS MERIAS KUKU:

Perhebatkan kukumu dengan warna gelap seperti hitam.

 

 

APA MAKNANYA KALAU…

Anda Suka Mengusap Hidung Dengan Jemari Ketika Berbual?

Sedar atau tidak ramai yang berperilaku sebegini ketika rancak berborak. Namun, ini bukan bermakna anda atau pasangan mengusap hidung kerana gatal digetik nyamuk. Sekiranya anda adalah golongan individu yang tergolong dalam kategori ini, anda tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Anda adalah seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai. Tapi awas! Sekiranya anda bertemu dengan individu yang suka mengusap hidungnya ketika berbual dengan anda tetapi matanya tidak berani memandang wajah anda, itu bermakna dia sedang menipu dan kata-katanya tidak boleh diterima pakai. Jadi berhati-hatilah apabila bertemu dengan mereka ini. 

TIPS MERIAS KUKU:

Hiasi jemari manismu itu dengan corak-corak eksotik nail art yang dicampur dengan pelbagai warna untuk menghasilkan penampilan lebih berbeza.

 

 

APA MAKNANYA KALAU…

Anda Suka Meletakkan Tangan Pada Bahu Kawan?

Seorang teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-temannya. Sikap suka membelai dan manja membuatkan ramai yang suka mendampinginya malah mereka ini adalah seorang yang pandai memujuk serta pandai mengambil hati. Tetapi, mereka ini juga kadangkala mementingkan diri sendiri dan sukar mendengar teguran orang lain. Pendek kata ‘ikut kepala sendiri’. 

TIPS MERIAS KUKU: 

Cantik disusun 10 jemari menawan dengan warna putih dan dihiasi diamante pada tengah kuku, ternyata ia tampak lebih elegan dan sofistikated.

 

 

 

[VIDEO] KUKU MERAH JAMBU TEMA "PRINCESS PINK FLOWERS"

 

 

 

 

5 RAHSIA DI SEBALIK JARI CINCIN ANDA

Bukan sekadar menyarung cincin sebagai pelengkap jari, malah pelbagai karakter terpancar dari dirimu apabila si jemari bersahabat dengan sebentuk cincin. Setiap jari yang anda pilih itu membawa maksud tersendiri yang tidak anda sedari. 

 

 

 

RAHSIA 1

Memakai cincin di jari telunjuk menunjukkan anda mahu menguasai serta mahukan kuasa untuk menjadi pemimpin.

 

RAHSIA 2

Memakai cincin di jari hantu menunjukkan anda selalu mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan kesejahteraan dan keselamatan.

 

RAHSIA 3

Cincin di jari manis menunjukkan anda berminat terhadap hal- hal berkaitan percintaan.

 

RAHSIA 4

Cincin di jari kelingking menunjukkan anda berminat untuk hal- hal berkaitan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan.

 

RAHSIA 5

Cincin yang dipakai di ibu jari menunjukkan kehendak anda ingin menguasai situasi dengan keadaan kurang menyenangkan.

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.