Jan 09, 2019 - 172

Percutian ‘Syurga’ Bersama Sephora, Diberi Kejutan demi Kejutan! — Mahu Tahu, Baca Di Sini

Gedung kecantikan Sephora membawa para media, jurusolek, selebriti dan KOL ke ClubMed, Cherating untuk meraikan koleksi percutian 2018 mereka.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

Kredit foto: Sephora 

 

 

Walaupun musim cuti sudah hampir berakhir namun memori bersama Sephora bercuti ke Club Med, Cherating Oktober yang lalu masih segar bermain dalam kotak ingatan.

 

InTrend berasa bertuah kerana menjadi antara yang terawal ‘memegang’, ‘bereksperimen’ dan didedahkan dengan koleksi percutian 2018 baru daripada gedung Sephora.

 

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur dibawakan khas dengan bas yang tertera label Sephora di sekeliling bas. Ia sunguh menarik perhatian, malah ramai mata mencuri pandang di setiap laluan kami ke sana.

 

Oh, antara selebriti yang hadir sama mengikuti rombangan ini ialah Azira, Kila Fairy dan Fyza Kadir.

 

 

Kredit foto: Sephora 

 

 

Sebaik tiba di perkarangan Club Med, Cherating kami disambut meriah dengan kakitangan mereka yang memang dikenali dengan sifat ramah dan friendly mereka.

 

 

 

Kredit foto: Sephora 

 

 

 

Kejutan Pertama Sephora!

Sebaik semua kami diberikan kunci bilik, kami terus melangkah masuk ke bilik masing-masing bagi merehatkan diri. Untuk hari ini, tiada agenda khusus. Sephora mahu kami bersantai dan melakukan aktiviti bebas sahaja.

 

Namun, yang sangat mengujakan kami sebaik melangkah masuk ke bilik, apabila disambut dengan hamparan bagasi berisi produk koleksi percutian Sephora di atas katil! Wow, ini sambutan paling indah!

 

Antara jenama yang menghiasi katil kami waktu itu ialah Too Faced, Peter Thomas Roth, Dr.Jart, Becca, Tarte dan beberapa jenama lain lagi.

 

 

Kredit foto: Sephora 

 

 

Malah, di kamar mandi juga dilengkapi alat penjagaan tubuh dari Sephora bersama pupur yang menemani wajah sebelum melelapkan mata. Inilah percutian yang benar-benar membuai kami bagai di syurga.

 

 

 

Kredit foto: Sephora 

 

 

Sephora Collection Holiday Preview

Keesokan harinya, selepas santapan tengah hari, kami dibawa ke perasmian koleksi percutian 2018 Sephora. Bertempat di ruang yang luas dengan susun atur rangkaian produk daripada penjagaan kulit, alat solek, penjagaan badan dan aksesori edisi terhad, semuanya dipamerkan dengan begitu mempesonakan.

 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, koleksi percutian kali ini juga menyajikan seleksi rangkaian yang penuh dengan kejutan dan meriah bersama ekpresi warna dan formula yang menakjubkan.

 

Seleksi alat solek kebanyakannya mengenengahkan pigmen berkilat dan pulasan gincu rona terang berani dengan kepelbagaian tekstur. Tidak ketinggalan produt penjagaan kulit yang merumuskan formula sesuai kulit wanita Asia dan ada yang dipraktikkalkan dalam saiz mini yang mudah untuk dibawa kala kembara.

 

Begitu juga rangakain penjagaan badan yang memfokuskan pada sentuhan kulit lembap dan produk mandian yang mengharum ajnas aroma semula jadi.

 

Dan banyak lagi yang menarik untuk dicuba dalam koleksi percutian Sephora 2018 ini.

 

 

 

Kredit foto: Sephora 

 

 

 

 

Sephora Magical Holiday Dinner!

Mengakhiri agenda percutian malam itu, kami dibawa ke Rembulan Restaurant untuk menikmati makan malam terakhir. Bertemakan merah dan emas, semua yang hadir kelihatan begitu menyerlah seperti menyerlahnya semua koleksi Sephora Magical Holiday!

 

Makan malam berlangsung santai dan meriah dengan dendangan lagu-lagu oleh Kila Fairy, Azira dan Cik Manggis yang  begitu sporting mahu memeriahkan suasana.

 

Usai makan malam, kami dibawa pulang kembali ke sarang beradu. Sekali lagi, Sephora mengejutkan kami. Sebaik tiba di bilik masing-masing, kami disambut dengan hamparan rangakaian percutian Sephora pula.

 

Oh my god! Sudahlah lampu digelapkan, hanya disinari lampu tidur, ia membangkitkan rasa yang sungguh mengasyikkan!

 

Antara koleksi Sephora Magical Holiday yang sangat menarik perhatian ialah Midnight Surprise-Mascara and Eye Pencil Set, Owl Sleep Mask, Charming Hands Set, Bath Salts dan terlalu banyak untuk disenaraikan.

 

Terima kasih Sephora atas kenangan ini. Semoga kita ketemu lagi dalam lipatan memori yang lain.   

 

 

 

Kredit foto: Sephora 

 

 

 

Kredit foto: Sephora 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.