Mar 16, 2017 - 693

5 Langkah Solekan Seni Mata Khas Buat Wanita Berhijab yang Mesti Anda Cuba!

Tidak semestinya wanita berhijab tidak boleh ditatarias dengan solekan yang tebal dan menggoda. Oleh itu, ikuti tips solekan mata yang sesuai untuk wanita berhijab.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

HANYA menumpukan pada solekan mata berkabut manakala bibir dan buah pipi seringkas mungkin, seri wajah si hijab hisper tetap menyerlah. 

 

 

 

 

Sebelum - Bukaan kelopak mata kecil suramkan penampilan wajah. 

 

 

 

 

 

Langkah 1 

Mulakan solekan mata berkabut dengan layangan pembayang mata kemerahjambuan pada kelopak mata. 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 2

Diikuti dengan layangan rona lebih gelap yakni kekelabuan di atasnya.

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 3

Lapisi layangan tadi dengan pembayang mata rona hijau gelap untuk menyerlahkan kelopak mata. 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 4 

Tambahkan lapisan pembayang mata rona hijau kehitaman untuk kemasan akhir. 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 5

Gunakan berus kemudian calitkan celak pada alur bawah mata. 

 

 

 

 

 

 

 

Akhir

Selepas - Adunan anjnas pembayang mata cipta look mata berkabut nan cantik. 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.